Oke bungkusan kali ni dari UK yang diterima dalam minggu sebelum Krismas. Seller ada cerita dalam emel dia salah hantar bungkusan ni ke Malta atau Mauritius kalau tak silap (kes nama Malaysia dekat-dekat dengan nama Malta/Mauritius dalam country selection), siap kena pulangkan balik sebab address not found. Sebab tu ia mengambil masa lebih dari sebulan untuk sampai ke Malaysia.
Jewel case retak-retak tu dah menjadi kebiasaan. |
eBay purchase info
- Purchased from: fastdecision777 (trademark sticker Castello Import)
- Location: UK
- Condition: used, like new
- Price paid: $5.69+5.50 (RM36.26) menang bid
- Ordered: 18/11/2010
- Received: xx/12/2010 (lupa dah)
- Label: (P)(C) 1988, 1998 Metallica
- Publisher: Phonogram, Vertigo
- Made in: UK
Tracklist? You know it, I know it, we know it... |
Walaupun CD ni versi remastered 1998, tapi ia masih lagi mengekalkan ciri-ciri CD rilisan asal versi 1988. Album studio keempat Metallica dan debut bersama bassist baru Jason Newstead.
Lars yang comel, hehehe... |
Waktu aku layan album ni somewhere in 1998-1999 waktu aku second year kat USM, bertukar-tukar kaset dengan housemate. Aku pinjam kaset ni, dia pinjam kaset ARLO aku, masing-masing layan guna Walkman (er dia guna Aiwa, Aiwa bukan Walkman hehehe) dari rumah, dalam bas, dalam dewan kuliah, kat kantin mesti bersumbat telinga, gila... Pastinya otai-otai ada cerita menarik di sebalik album ni, ruangan komen sedia untuk anda \m/
_____
Ada apa: I can't remember anything...
5 komen:
ada org tak suka sound album ni tapi aku suka sesangat...drums Lars tu jelas sebijik2...kalau pasang kat kereta kuat2..duk belakang..rasa nak gugur jantung oo..
highlight dia mmg lars punyer drumming..crunchy jer bunyi dia...
aku nye kenangan ...AJFA ni.
1) kaset inlay dia punye panjang giler
2) aku dapat cd version jepun ada lagu the Prince, dulu aku ada penpal kat amerika, kasi aku. Siak ah mahal siak pressing jepun dia kasi aku.
3) I really love blackened, I love one, I love harvester of sorrow, i love to live is to die, I love dyers eve hehe
Salam brader lama x jenguk blog hang.... Ini album metallica yang pertama aku dengar tumpang dengar walkman cina kelas aku masa form 1 dulu. Lagu pertama menangkap telinga dari album ni Harvester of Sorrow.
4 rilisan awal Metallica terbaik....yang ni yang ke4 aku lepas kill em all. Tapi album ni paling brutal...
AJFA bagi aku adalah album metallica kedua terbaik selepas MOP. Sound yg moden, kick drum yg unik (berapa banyak band metal moden skang yg guna sample drum AJFA? Berlambakk). Unsur progresif yang kuat,Sound gita yg super-scooped that i love very much, vokal hetfield yg lebih pada menengking.haha,lead kirk hammett yg agak virtuoso dam most of all lagu mereka paling laju iaitu Dyers Eve.
Post a Comment