Sabtu (6/8/2011) - Seperti "dipanggil" sesuatu, aku singgah di bazaar Ramadhan Medan Raya lagi sekali seperti hari sebelumnya. Kebetulan aku dan Mrs. Ijau baru balik pejabat dalam pukul 4.00 lebih lepas menyelesaikan kerja hujung minggu (overtime), Mrs. Ijau pun kata nak "rehat memasak" lagi hari ni...
Ya, aku "dipanggil" oleh nasi briyani Raja, disebabkan semalam aku dah set minda nak beli nasi briyani Raja bila aku singgah ke bazaar Ramadhan Medan Raya lagi sekali. Seperti tahun lepas ia memang sedap, lebih sedap berbanding nasi brinyani Abida Cafe yang aku beli di Esplanade beberapa hari lepas.
Tiga lauk nasi briyani Raja - kari kambing, kari daging dan kari ayam, aku suka kari daging. Walaupun agak ringkas berbanding nasi briyani D'manis (gambar di bawah) yang banyak pilihan lauk termasuk ayam madu.
Tidak seperti resepi kari Abida Cafe yang agak masin, kari Raja ni memang cukup berkari dan cukup pedas, pedas tahap berpeluh tengkuk dan dahi bila menikmatinya - the way I like it! Sekurang-kurangnya terubat rindu nak makan kari nasi kandar...
Antara varasi lauk nasi briyani ayam madu D'Manis - walaupun aku singgah gerai ni terlebih dahulu berbanding gerai nasi briyani Raja, tapi naluri aku mengatakan hari ni nak makan nasi briyani Raja dan bukan D'Manis. D'Manis mungkin akan ada hari gilirannya untuk "disiasat".
Dan juadah yang dicari-cari akhirnya dijumpai juga - roti jala! Macam mana aku tak jumpa gerai ni semalam? Sedangkan memang aku lalu depan gerai ni (tak berapa jauh dari gerai yang menjual taufufah). Mula-mula aku terkejut, RM1.00 sekeping? Awat mahal gila? Selalu aku beli dulu-dulu RM1.00 untuk tiga keping.
Rupa-rupanya ia bersaiz lebih besar (dalam 8" diameter kot) berbanding roti jala standard (dalam 5" diameter). Tapi kalau dibandingkan dari segi kuantiti per harga, aku rasa roti jala versi RM1.00 untuk tiga keping lagi berbaloi menggunakan rumus Ï€r²/RM;
- Untuk 8" diameter, Ï€(4)²/1 = 25.14 inch²/RM
- Untuk 5" diameter x tiga keping, Ï€(2.5)²(3)/1 = 29.46 inch²/RM
Hahaha! Apa kejadah siap ukur-ukur luas permukaan ni? Yang penting aku dah dapat jumpa roti jala, aku beli tiga keping sampai sahur baru habis. Cuma yang tak berapa best kuah karinya yang tak berapa nak rasa kari, rasa macam cicah roti canai dengan kuah dal.
Kini tinggal nasi lemak kukus pandan saja yang belum dijumpai. The search continues...
[Diari Ramadhan 1232H entri #7]
_____
Ada apa: Petang ni teringin nak makan cendol...
5 komen:
mun mak aku molah di kampung masih 4 keping Rm1, resipinya lebih kurang resipi putu mayang+kuih lenggang, fuhh teringat time aku sekolah rendah berjaja kuih dari rumah ke rumah di kampung
alamak salah bukak blog ;)
bulan puasa ni posting makanan jugak yg best..betul tak bro??
I like the food photos ijau.
sekali lagi, menyesal aku bukak entry ni pagi-pagi. hahahahahahha demmmmmm....
Post a Comment