Pagi tadi tiba-tiba terasa rajin nak kemaskan barang-barang dalam bilik stor rumah (sewa) aku, yang tak pernah dikemas hampir dua bulan sejak berpindah (selepas jadi raja), dipenuhi dengan kotak-kotak kosong dan barangan yang jarang dipakai.
Memang aku ni jenis hoarder sebab sayang nak buang kotak-kotak barangan yang aku beli (terutamanya barangan elektrik, komputer dan kegitaran), dengan alasan nanti kalau berpindah rumah (lagi) agak senang dari segi logistik.
Entah gatal tangan buat para-para (bench) daripada kayu-kayu dan papan lapis terpakai di depan rumah, senang nak susun kotak-kotak kosong di bahagian atas untuk menjimatkan ruang. Lepas susun cantik-cantik baru aku perasan kebanyakkan kotak-kotak kosong yang ada merupakan kotak barangan kegitaran (kotak gitar, efek, amp).
Tapi aku memang tak ada bakat dalam pertukarangan kayu ni (walaupun ayah aku seorang tukang kayu), my carpenter skill sucks big time! Berapa banyak paku yang aku ketuk bengkok-bengkok. Dan hasilnya, para-para yang aku buat memang *geragai, lagi teruk dari reban ayam. Walaupun geragai, tapi menjadi juga...
Tak terasa pula tiga jam berlalu, badan penat-penat (alangkah bagusnya kalau dapat minum 100 Plus ataupun minuman nanas, cobaan~ sesungguhnya aku berpuasa), lepas tu tertidur depan tv tak sempat mandi pun hehehe...
[Diari Ramadhan entri #12]
_____
Ada apa: *Geragai (Bruneian, street language?) = cincai, teruk, buruk.
1 comment
jangan lama2 jadi hoarder ;)
Post a Comment