Bagi aku, Ramadhan kali ni mungkin agak berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya, kerana Ramadhan kali ni merupakan Ramadhan pertama aku hadapi sebagai seorang suami.
Sudah pasti "dugaan dan cabarannya" lebih banyak berbanding waktu bujang sebelum ni, betul tak Muspeed? Huhehuhe...
Gambar hiasan dari entri tahun lepas.
Apa-apapun selamat berpuasa kepada semua pengunjung blog AADI tidak kira di Malaysia, Singapura, Brunei mahupun dari negara-negara lain. Dan seperti tahun-tahun lepas, pastinya akan ada entri khas berlabel Ramadhan Special.
[Edited @ 10.00 am] Tertarik dengan entri pasal "Diari Ramadhan" yang dianjurkan oleh Muspeed dalam entri ni. Nak join tapi syarat-syaratnya agak susah untuk dipatuhi (30 hari = 30 gambar berkaitan Ramadhan). Tapi tak apa, walaupun aku rasa tak dapat nak buat entri "Diari Ramadhan" selama 30 hari berturut-turut, tapi aku akan cuba letak label/tag "Diari Ramadhan 1432H" pada entri yang berkaitan dengan Ramadhan tahun ni, insya-Allah.
Jadi, aku mulakan dengan entri yang sedang anda baca ni...
[Diari Ramadhan 1432H entri #1]
_____
Ada apa: Hmmm... Apa juadah berbuka petang nanti eh? [Huissh!~]
2 komen:
selamat menyambut bulan puasa beb
selamat berpuasa ijau and wife. Betul, cabarannya lain kali ni. Kesian pulak kat isteri - alah mengandung.
Post a Comment