Khamis (1/9/2011) - Sebenarnya dah lama aku plan nak ajak geng-geng Manggas/Deathrobe untuk jamming bersama-sama di studio Beaufort Rock City, kalau tak silap penghujung bulan Mei dulu (sebelum Projek Mega 2011).
Konon-konon boleh dikatakan bachelor party pada ketika itu sebab ada sessi makan-makan kemudiannya. Tapi disebabkan masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan, ia ditunda sehingga selepas raya.
Warm-up dengan lagu Loudness (Heavy Chains kot?).
Kugiran Sanggam? Macam tajuk filem Bollywood lama je kan? Btw, Sanggam tu sebenarnya parody untuk nama Manggas yang diterbalikkan, berbanding Saggnam yang kurang menarik.
Line-up Sanggam:
- Joad (Takilala) - vokal/gitar
- Ymi - gitar utama
- Raem - drum
- Cimca (ex-Deathrobe) - vokal
- Jairo - bass*
- Aku? - bassist gantian/vokal
*Jairo tidak dapat hadir, tarik diri pada saat-saat akhir disebabkan urusan keluarga.
Brothers in arms, Cimca & Joad - menggamet memori
zaman Deathrobe suatu ketika dahulu.
Menurut Ymi, nama Sanggam ni sesuai digunakan ketika membuat persembahan "overtake" di majlis-majlis perkahwinan di kampung ataupun ketika sessi jamming lagu-lagu cover (bukan lagu-lagu Manggas) terutamanya lagu-lagu Rock tempatan (Search, Wings, dll).
"Jedi Master" Ymi sedang mencari permata tune yang hilang. Ya tidak syak lagi, Goldtop yang digunakan merupakan Goldie aku. Untuk sessi Sanggam ni, gitar-gitar ekstrimnya - RR24, CFH dan Cavallo direhatkan.
Menurut komen Ymi, pickup '57 Classic pada Goldie aku ni kurang responsif untuk muzik Rock dan Metal, dia menyarankan supaya aku menukarnya dengan pickup high-output yang lain. Nah~ I've already have that in mind...
Raem, kaki pukul Manggas Sanggam.
Cover lagu-lagu daripada Loudness, Search dan Wings antara yang dimainkan. Terus-terang aku memang terkial-kial main bass sebab aku tak berapa biasa dengan lagu-lagu yang mereka mainkan, kecuali lagu Wings Rantai (yang ni aku vokal). Aku mengharapkan lagu Iron Maiden, tapi tiada satu pun yang dimainkan *sigh*...
Oh ya, yang ni bassist "bidan terjun" menggantikan Jairo. Menggunakan bass Warlock yang baru diselenggara semalam. Tapi amp bass Hartke HyDrive 112C yang digunakan dalam studio ni memang best berbanding amp Peavey TKO di studio sebelah.
Dan dari pengalaman sessi rehearsel Manggas awal tahun 2010 dulu, kali ni aku membawa sepasang (disposable foam) earplug. Ternyata ia tidak sia-sia, kalau tak memang sampai esok telinga aku masih terngiang-ngiang.
Sessi jamming yang bermula dalam pukul 5.30 petang hanya bertahan selama sejam lebih memandangkan semua yang terlibat terpaksa balik awal kerana urusan keluarga, lagipun masih lagi dalam mood raya...
_____
Ada apa: Hampir tiga bulan tak main bass...
4 komen:
memang rock la korang, raya ketiga dah crashboombang
akhirnya anda sudah ada gitar bass yang baru..jom hepi;)
deaf:
unfinished business ni...
korok:
gitar bass baru? mana? mana?
cis!!..t-shirt hysteria tu yang buat aku jeles tu...
Post a Comment