Jumaat (28/10/2011) - Ditempah pada hari Selasa lepas dari Jo @ NoobAxe dan hanya dipos semalam (Khamis).
Aku terlupa pula hari Rabu Semenanjung cuti Deepavali sebab Sarawak tak cuti dan kami bekerja seperti hari-hari biasa (ada ura-ura supaya Sarawak diberi cuti umum untuk perayaan Deepavali, 1Malaysia maaa~).
Enough with Deepavali story, pembelian unggul (great purchase?) dari NoobAxe kali ni ialah Snark SN-2 (red model), clip-on chromatic tuner for all instrument.
Snark itself, manuals, pouch and CR2032 battery.
Dead Eye Guitars (DEG) buat masa ni tidak mempunyai stok model SN-2, sebab tu aku mencari penjual alternatif lain. Dan NoobAxe merupakan penjual kedua (in my *trusted online sellers list) yang ada menjual Snark.
Perbezaan utama antara model SN-2 (merah) dan SN-1 (biru) yang aku dah ada ialah model SN-2 mempunyai dua tuning mode, sama ada menggunakan VIB (vibration) gelombang getaran atau MIC (microphone) melalui gelombang bunyi, sama seperti fungsi yang ada pada Korg GA-1 tuner. Sebab tu tuner ni boleh digunakan untuk semua jenis instrument (hence the phrase "tuner for all instrument").
Gambar ni aku snap sambil bersiul (MIC mode),
ia memang sensitif pada perubahan pitch bunyi.
Selain perbezaan tuning mode, model SN-2 ni memiliki kelebihan dan kelemahan yang sama seperti model SN-1.
Kebelakangan ni aku dah suka tuner jenis clip-on berbanding jenis bar (GA-1, Pandora Mini) atau jenis pedal (yang pada B2 atau Pod X3), kelebihannya tak perlu nak sambung-sambung kabel, tak perlu tunduk, mudah alih boleh kepit sana-sini dan yang paling penting - ia comel :)
_____
Ada apa: *Mungkin kalau ada kesempatan aku akan buat entri pasal "trusted online sellers list" untuk panduan "noobie" yang lain.
3 komen:
nanti sesi hepi bawala li, mau try test..berminat juga tgk ini tuner(untuk kapok)
manala aku tau diwali srwk x cuti.. 1msia apa gini.. haiz..
ok serius, ia nampak lawa.
Post a Comment