Nampaknya barangan yang dihantar dari Lembah Klang (KL/PJ/SA) menggunakan khidmat ABX Express akan sampai di Bintulu dalam tempoh dua hari (seperti Clover dulu), kerana ia akan tiba di Kuching terlebih dahulu sebelum transit ke Bintulu. Kotak di sebelah kanan ni dihantar hari Selasa lepas (22/11/2011) dan baru saja diterima sekitar 10.00 pagi tadi.
Alangkah baiknya kalau PosLaju tidak mengenakan had panjang 105 cm untuk bungkusan (macam dulu), kotak macam ni hanya dikenakan cas RM80-100 dan sampai hari bekerja berikutnya, berbanding ABX yang mengenakan cas RM90-120 tapi sampai selepas dua hari.
Lain kali aku nak cuba guna khidmat City-Link pula, macam kes GC-V gigbag aku tahun lepas, sampai hari bekerja berikutnya.
Hint? Hahaha poster 'korban' Children Of Bodom Singapore.
Oke, dah habis dah bab merapu pasal servis kurier. Kali ni aku menerima bungkusan (kotak) dari Crinson Music yang pastinya berisi sebuah gitar. Gitar apa pula kali ni? Will be revealed later (daripada label kotak pun dah boleh tau kan?)... Tapi yang pastinya ia merupakan pengganti kepada Replacement yang aku let-go beberapa minggu lepas (Replacement's replacement, got it?).
Resit, kad bisnes, tremolo arm, Allen keys, tag ESP/LTD SIT strings, dan beberapa aksesori tambahan (Dunlop 02, Ernie Ball pink).
Oh ya, mungkin ramai yang tak tau kewujudan premis Crinson Music ni (Setia Alam, Seksyen U13, Shah Alam), aku pun belum pernah sampai ke sana lagi. Sebenarnya ia baru saja dibuka (dah rasmikan ke belum?) beberapa bulan lepas dan dimiliki oleh seorang "rakan" yang memang meminati gitar. Premis ni juga katanya memiliki studio jamming yang menggunakan amp Marshall dan Hartke. Huh! Kalau ada peluang nanti aku serbu premis ni!
_____
Ada apa: SIT? Somewhere in time?
4 komen:
sofa dah beli...so dah dapat lesen beli gitar balik ek....
huhuhu...
pasti! hahaha...
fuh banyak betul replacement. Kaya betul, Joe wings pun tak banyak gitar macam ni.
gantian, bukan tambahan...
Post a Comment