Antara majalah perkomputeran yang ada dalam simpanan arkib aku di kampung (habis aku selongkar) ialah majalah PC Gamer Malaysia. Disebabkan majalah PC Gamer Malaysia telah menamatkan "perkhidmatan"nya dengan isu terakhir Disember 2011, jadi sebagai penghormatan (tribute) aku akan buat beberapa entri ringkas mengenai isu-isu lama PC Gamer Malaysia yang ada dalam simpananku secara berperingkat-peringkat.
Aku mula minat membeli PC Gamer Malaysia ni kalau tak silap pertengahan tahun 2004 (walaupun ia dilancarkan pada tahun 2003). Tapi aku membelinya bukanlah dengan kekerapan bulanan seperti CHIP Magazine, aku cuma akan beli isu-isu tertentu sahaja yang menarik perhatianku terutamanya kalau ada info, berita atau ulasan mengenai game terbaru yang aku minat atau bakal diminati terutamanya yang bergenre FPS.
Antara isu PC Gamer Malaysia yang berkaitan dengan game Half-Life 2.
Yang depan sekali tu PC Gamer UK, sebab tu berbeza sedikit.
Dan seperti majalah-majalah perkomputeran yang lain, PC Gamer Malaysia juga menyediakan ruangan khas untuk ulasan perkakasan (hardware) terbaru yang dicipta khas untuk PC gaming terutamanya display card, processor dan motherboard, sama ada dicedok bulat-bulat dari isu PC Gamer UK atau ulasan editor tempatan. Biasanya ulasan-ulasan sebegini akan dijadikan rujukan oleh gamers diluar sana.
Andai kata, ada antara editor PC Gamer Malaysia atau kakitangan Velocity Media Sdn. Bhd. terbaca entri ni - well guys, you've done a great job! Thanks for the great infos about PC gaming you've reviewed in PC Gamer Malaysia all these years...
[Tribute to PC Gamer Malaysia entry #1]
_____
Ada apa: PC Gaming isn't dead!
1 comment
PC Gaming sebenarnya is dead sejak munculnya Farmville pada 2009. Hahahhahaa
Post a Comment