Tak lama dahulu Gamer Sayur ada buat ulasan ringkas pasal game FEAR 3 ni (aka F3AR). Aku pun baru mula berjinak-jinak main game ni lepas habis main game Price Of Persia: The Forgotten Sands minggu lepas.
Siri-siri FEAR sebelum ni aku cuma sempat main FEAR sahaja, stand-alone expansions Extraction Point dan Perseus Mandate serta FEAR 2: Project Origin dan FEAR 2: Reborn semua tu aku tak sempat main.
Imej Wikipedia.
Walaupun game ni agak baru (released 21/7/2011), tapi ia mempunyai beberapa kelebihan berbanding game FPS yang lain, antaranya:
- Masa loading yang sekejap.
- Tidak memerlukan graphic card yang canggih dan terkini (thanks to that heavily modified Despair Engine).
Aku masih menggunakan Gigabyte GV-N95TOC-512I (nVidia GeForce 9500 GT chipset) yang dah agak "ketinggalan zaman" untuk hardcore gamers, tapi tanpa perlu mengurangkan kualiti grafik aku masih lagi dapat memainkan game ni dengan lancar.
Imej Wikia.
Gameplay agak superb (minus the paranormal activities, aku dah tak takut dengan Alma), kadang-kadang senjata yang hebat bukanlah senjata yang sesuai - dengan hanya menggunakan riot-gear shield melee attack (kes kehabisan peluru), aku boleh kalahkan dua ekor orang phase commander.
Imej Wikia.
Kalau game jenis FPS aku lebih suka guna taktik kamikaze berbanding camping (sometimes it's proven to be "the only way" to overcome certain situation). Btw, aku main guna "fearless mode" difficulty, kadang-kadang sakit hati juga bila dikepung oleh scavengers terutamanya satu area di lapangan terbang Fairport dalam Interval 07, dah macam game Doom 3 pula rasanya.
This is madness!
[Edited @ 14/1/2012 2.00 am] Baru saja lepas menghabiskan game F3AR ni (fearless mode), aku agak terkejut dengan lagu yang mengiringi rolling credits, tak lain tak bukan lagu Danzig - Mother.
Hahaha... Memang sesuai la lagu Mother ni dengan ending F3AR, disebabkan Alma memang ibu kepada Point Man dan Fettel.
_____
Ada apa: Credits to Gamer Sayur.
4 komen:
Aku benci FEAR. dulu aku main sampai kena bukak habis semua lampu. Selalu buat aku terkejut depan screen.
fear 3 x seram li fear 2 ada aku beri skali hari tu yg tu seram, walau x seram tp fear 3 ttp best
aku x habis lagi main ini game, tapi dah habis call of duty modern warfare3 haha!!
muspeed:
alaa klu hang main f3ar dah xbyk benda yg buat tekejut, sbb dah blh agak
x86:
hehehe aku terinstall f3ar dulu...
korok:
sbb CODMW3 xda unsur2 paranormal, sbb tu ko xbrani main f3ar
Post a Comment