1) 27/4/2011 - Ambil sendiri (self-collect) dari tauke Dead Eye Guitars (DEG) di lobi Shah's Village Hotel, setelah TERkena racun dalam entri ni.
2) Perancangan awalnya ia ingin dijadikan sebahagian daripada Projek Mega 2011, tapi dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Dengan kata lain, ia merupakan "gitar kahwin".
3) Ia pernah digunakan oleh Jedi Master Ymi (gitaris Manggas) semasa sessi jamming "beria keras bersama kugiran Sanggam".
4) Modifikasi pertama ialah menggantikan strap button asal kepada locking strap button jenama Hennessey yang lebih stabil, kukuh dan ekspress.
5) Mengalami dua kali modifikasi pikap - Tesla Plasma-2 gold set pada September 2011, kemudian dengan Dimarzio combo; PAF 36th Anniversary (DP103) dan Super Distortion (DP100) pada awal Februari yang lepas.
6) Walaupun ramai yang komplen gitar-gitar varian Les Paul ni berat, tapi bagi aku ia merupakan antara gitar yang paling selesa digalas setakat ni. Mungkin disebabkan sebelum ni aku dah biasa menggalas Black Ice yang lebih berat kot?
Imej cilok. |
8) Gitar yang pasti akan aku bawa bersama-sama sekiranya balik kampung (tak kisah Membakut atau Dalat) menggunakan jalan darat.
Harapanku agar gitar ni dapat bertahan selama mungkin, sehingga ke generasi kedua, ketiga dan seterusnya. Walaupun aku suka bertukar-tukar gitar (rakus, bak kata Oriaj), tapi gitar ni tak akan aku jual setelah mendapat amaran keras daripada Mrs. Ijau (kecuali kalau ada orang tawarkan dengan harga RM5k hahaha~).
_____
Ada apa: Btw, ada apa dengan Goldtop?
1 comment
Tak berapa minat lah design singlecut tapi kalau daripada aspek tone, memang Les Paul antara gitar yang mempunyai identiti sendiri
Post a Comment