Ada yang kata multi-effects bagus, ada yang kata stompbox lagi bagus... Ada yang kata guna multi-effects ni poyo, ada yang kata guna stompbox baru ada "professional feel" (yela tu~). Ada pula yang kata guna multi-effects leceh, ada yang kata guna stompbox senang nak edit setting...
Oops, terlupa pula VXL Bass Attack.
Aku? Aku join kedua-dua kem, selain stompbox pedals di atas, aku juga menggunakan multi-effects iaitu Pod X3 dan Pandora Mini. Setakat ni Pod X3 "sikacang merah" merupakan multi-effects yang terbestest (ayat Dr. Ben) yang pernah aku guna (mungkin Pod HD-series lagi best, tapi aku belum pernah guna lagi). Cuma kelemahan Pod X3 ni ia agak leceh nak dibawa ke studio jamming, apatah lagi kalau bawa waktu gig?
Jadi, apa pendapat anda? Adakah anda berada di dalam kem multi-effects atau kem stompbox? Dan apa pendapat anda tentang isu "multi-effects versus stompbox" ni?
To be continued...
_____
Ada apa: Tiba-tiba rasa rindu pula nak main AX3000G aku (Behemoth).
5 komen:
susah nak cakap....aku pun guna multi fx gak...tak ada bajet lagi nak beli stompbox satu2...dulu bapak aku pernah beli fx Boss Overdrive tp harga dulu pun dah rm300 lebih, skrg ni aku tgk masih harga sama aja...kualiti berbeza, tp aku rasa dua2 kem ada keistimewaan masing2
saya pilih multiefek atas sebab bajet dan simplicity. Tak mau pening2 kepala.
adi:
klu boss overdrive dulu2 rm300 kira murah la, sbb boss dulu made in japan, skrg made in taiwan pun rm300 juga
dr ben:
dulu di ostrolia pod X3 live, sikalang pod HD500! pergh~ teringin juga nak try pod HD-series some day
Mmg berbelah bagi.. Tp gue telah memilih route multieffect atas dasar
1) Bajet
2) Multieffect lebih sesuai utk membuat direct recording guitar.
Tp sejak memiliki tube amplifier, baru terasa perbezaan antara analog dan digital punya sound, terasa ingin memiliki analog pedal plak, cuma bajet yg menyekat keinginan..
kalau aku ada bajet mesti aku pakai sebijik2 punya.. tapi apa kan daya... bajet tarak... so layan la multiefek
Post a Comment