Rabu (11/4/2012) - Memandangkan hari ni merupakan cuti umum, ia merupakan hari yang sesuai untuk mengadakan sessi jamming Metuk Ulau Projekt. Seperti biasa, Z-Studio merupakan pilihan...
Sessi kali ni (dan mungkin sessi-sessi seterusnya) tidak disertai oleh Korawk disebabkan komitmen beliau untuk lebih fokus kepada dunia fotografi.
Sessi kali ni aku menggunakan jamming rig #1 dengan tambahan Pocket Metal Muff sebagai distortion utama, manakala jamming rig #2 (favourite rig) direhatkan.
Adi Herman dengan gembira menunjukkan gajet barunya (selipar?) yang baru diperolehi beberapa minggu lepas. Best ke bro? Hehehe...
Aku rasa sessi kali ni agak impromptu dan santai (banyak salah), aku sendiri pun tak sempat nak buat setlist, susunan lagu pun ikut hentam sajalah. Tapi kali ni ada beberapa tambahan lagu projek - Dajal, Half (versi tribute to Korawk) dan So What?
Azrol yang sentiasa Hepi;), dengar khabar angin Azrol ni nak beli gitar baru, atau mungkin nak "pimp" GRX40 tu dengan elektronik baru dan menggantikan pikap stok Ibanez PSND dengan pikap Tesla - yang ni aku yang racun sebab elektronik gitarnya (pikap, suis, pot) memang ada masalah.
Ritma ketukan drum Bob Kandar nampaknya ada kemajuan, mungkinkah ia disebabkan mood drumset digital yang baru diperolehinya semalam kot? Apa? Drumset digital? Fuiyooo!~
Senak pangkal perut, sensasi yang biasa dialami selepas meneran vokal tinggi untuk beberapa buah lagu (tembam?).
Bulan Mac lepas langsung tak ada sessi jamming (melanggar SKT 2012; jamming sekali sebulan), kali terakhir sessi jamming diadakan ialah pada penghujung bulan Februari lepas sebagai persediaan untuk Opening Season Gig 2012. Harap-harap hujung bulan ni nanti ada sessi jamming lagi sekali untuk "membayar" sessi jamming bulan Mac.
_____
Ada apa: Sessi yang akan datang mungkin aku nak guna Pod X3 lagi.
5 komen:
adakah mengambil foto untuk siri jamming akan datang dikenakan caj MarryBrown?
tidak akan dicaj marrybrown utk mengambil foto sessi akan datang, hanya akan dicaj jika bermain muzik :D
marrybrown mariii....aku harap ianya x ingat lamak hahha...psl Zoom B2 ya memang tip-top la sound nya, cuma aku pun masih belajar2 stduy patches and techincal stuff ttg menatang ya...paling best ialah jika aku tekan pathes bunyi heavy mcm Distrotion...pergh mcm Cliff Burton la pulak hahaha
ops nak tambah sikit...lagu Dajjal (BPR), So What (Metallica) dan For Whom The Bell Tolls (Metallica) kena perfect next jamming ok hahahha
berita
terima
faham
Post a Comment