Dah lama aku teringin nak upgrade display card pada komputer aku (outdated AMD Athon 64 X2 "Brisbane" system) yang sekarang ni masih lagi menggunakan Gigabyte GV-N95TOC-512I (GeForce 9500 GT) yang dah berusia empat tahun.
Setelah sabar menanti hampir enam bulan, akhirnya hari ni aku memperolehi display card baru iaitu Gigabyte GV-N440-2GI (GeForce GT 440). Ia bukanlah display card yang paling hebat ataupun yang terkini, tapi hanya dalam kategori "cukup-cukup makan" untuk standard PC games sekarang.
Heatsink dan kipas yang agak besar (80mm). Mempunyai tiga jenis output - DVI, D-sub dan HDMI. Monitor widescreen LCD aku jenis low-end masih lagi menggunakan D-sub.
Owh, rupanya sekarang produk Gigabyte diedarkan oleh ScanArt Data System (SDS). Produk edaran ScanArt antara yang tak leceh untuk proses tuntutan RMA (commonly known as warranty claim), ikut pengalaman aku kerja di Penang dulu la. Begitu juga dengan M-Link, AMT dan Intranet. Kompeni lain kebanyakkannya lambat dan leceh, tapi tu semua cerita lain...
Bila nak pasang display card ni? Entahlah, aku masih dalam proses memindahkan barang dari rumah lama ke rumah baru secara berperingkat. Komputer aku masih lagi dalam kotak, dan barang-barang di rumah baru ni pun masih belum dikemas sepenuhnya, online pun cuma guna netbook.
_____
Ada apa: Gamer mode will be activated again?
5 komen:
diablo 3 ek..baper rm ni?
hahhh.... lama dah aku tak menjerumuskan diri ke alam teknologi komputer ni....
saifi:
yg ni bkn aku beli tp 'hadiah' drp member, harga pasaran maybe dlm RM350 kot
jengkemut:
internet juga termasuk dlm alam teknologi komputer :)
berkilat jumper
sya masih pkai GeForce 9500 GT, kena tukar motherboard x kalau pasang GeForce GT 440...
9500/9550GT dan GT440 masing2 masih menggunakan slot PCI-express, jd xperlu tukar board - selamat~
Post a Comment