Bungkusan pos parcel yang diterima semalam (26/7/2012) bukanlah dari Music Master SS2 (Clement @ Gapnap), tapi dari Music Master Cheras (Terrence). Dan walaupun bungkusannya tertera tulisan "Spear" tapi isinya bukannya gitar berjenama Spear.
Ya, aku beli gitar lagi... *sigh* kenapa tak boleh ke? Mungkin aku gila, tapi membeli gitar di bulan puasa dengan duit sendiri bukanlah sesuatu yang bodoh (btw, ia dibeli pada 12/7/2012) - merujuk kepada komen dalam entri semalam.
Pembelian yang ada kaitan dengan entri ni, aku ingin mencari gitar murah (tapi berkualiti) untuk dibawa balik kampung waktu cuti raya nanti, dan kemudiannya akan "diwariskan" kepada anak buah aku (yang baru berjinak-jinak bermain gitar elektrik) selepas dia tamat SPM hujung tahun ni nanti.
Tanglewood TSB6 tobacco burst strat-copy. Zhar, you got it right!
(Hmm... Maiden-esque looks eh?)
Terdapat sedikit calar-calar halus pada badan dan karat yang mula timbul pada skru dan pikap, ia masih boleh dikatakan gitar baru sebab ia merupakan "showcase/display guitar". Dengan kata lain - gitar yang tergantung di kedai gitar dan selalu di"pandu-uji" oleh pelanggan. Dibeli dengan harga yang cukup berbaloi (stock clearance price?), lebih murah daripada harga pasaran sebuah pedal Boss MT-2 Metal Zone.
Headstock yang tak jauh berbeza dari headstock Fender/Squier. Kebanyakan strat-copy lain (seperti SX, Craftsman dan Spear) memiliki headstock yang berbentuk "cangkuk".
Secara fizikal, pertukangan (craftsmanship) gitar Tanglewood ni agak halus, tak nampak seperti gitar murah (retail price was around RM500-600). Mungkin kualiti kayu yang digunakan membuatkan harganya murah.
Standard strat setting - three singlecoil pickups, 5-way blade switch, volume-tone-tone knobs, vintage tremolo bridge, side cable jack.
Kemasan tobacco burst yang menarik, walaupun corak urat kayu yang tertera sebenarnya adalah tiruan (faux), sama seperti corak urat kayu yang terdapat pada perabot papan lapis.
Entwistle X1 singlecoil pickups - pikap yang agak berjenama (walaupun tak berapa dikenali), sesuatu yang agak jarang terdapat pada gitar-gitar murahan.
Pendapat peribadi? Ini merupakan gitar strat-copy pertama yang aku miliki, terus-terang aku agak kekok pada mulanya sebab sebelum ni dah biasa dengan bentuk superstrat dan singlecut. Lebih-lebih lagi dengan neck profile dan fretboard yang agak rata dengan fret yang kecil.
Maple brothers.
Sound? (Ini komen temberang) Hahaha... Tapi rasanya tak perlulah aku upgrade dengan set pikap Plasma-RS1 sebab setakat ni aku berpuas hati dengan bunyi pikap Entwistle X1 ni. Sekiranya sessi jamming Ramadhan special kelolaan si Korawk pada 10/8/2011 nanti jadi, mungkin aku akan guna gitar ni.
Nick? Aku rasa nak bagi nick TOBI, disebabkan kemasan tobacco burst (dan Tobi Akatsuki).
_____
Ada apa: Problem solved with "mutual-respect" - credits to Terrence and Clement of Music Master.
9 komen:
Ijau, sempena komen pedas kelmarin, try pakai "bodoh" dalam bentuk yang lebih baik - Wise Brownie
mohon nak jadi anak sedara pakcik Ijau...
muspeed:
contohnya?
berteromber:
tak boleh, hahaha...
tanglewood ni sungguh klasik design nya...mengingatkan aku dgn gitar elektrik pertama aku Vantage Strat copy heheh
pergh....banyak betul brand strat copy....baru tahuuuu
Go Entwistle.My fav tone
Yeah, I guessed it right! :)
Dapat hadiah tak? Haha
Aku pn tgah consider nak beli strat copy. Either Spear or Tanglewood.
-Zhar
adi:
projek engkol
faizal:
mmg ada byk... craftsman, spear, tanglewood, vantage, sx, santa cruz, starsun, stagg, behringer dan byk lagi yg dlm kategori cap ayam
yustech:
dah biasa dgn humbucker, agak janggal bila guna singlecoils
hiho/zhar:
hadiah? ada... d'addario jazz light (12-52) strings, mau?
aku rasa better amik spear, kayu lebih exotic
Whoa 12-52. Tak perlu la, tinggi sgt gauge tu ;)
Another brand that sells strat copies is Indiana guitars. Not sure on quality though.
Post a Comment