Isnin 23/7/2012 - Bintulu Esplanade... Sama seperti tahun lepas, agak lengang berbanding bazaar Ramadhan di Assyakirin.
Kurang sambutan...
Kali pertama aku jumpa gerai menjual serunding.
Nasi briyani Abida Cafe, juga sama seperti tahun-tahun lepas... Karinya agak masin, mungkin "trade mark" resepi mereka kot?
Secara umumnya, tak ada juadah yang menarik perhatian di bazaar ni, kebanyakkannya adalah sama seperti juadah di pasar malam Bintulu sebab kebanyakkan pengusaha pasar malam berniaga ke Esplanade ni sepanjang bulan Ramadhan.
_____
Ada apa: Belum jumpa roti jala...
3 komen:
ni ko pegi time pukul berapa?...tak pernah pulak aku jumpa bazaar ramadhan selengang ni..
bersihhhh je
gerai roti jala hanya terdapat di bazaar Ramadhan Medan raya, sebuah gerai sahaja, ada pakcik/brader yang pakai topi rasta, percayalah
Post a Comment