Isnin 16/7/2012 - Seperti yang diterangkan dalam entri lepas, Hepi;) dijemput disuruh oleh pihak pengurusan untuk membuat persembahan live band semasa majlis "informal" berambeh bersama Ketua Pengarah (KP).
Persembahan tidak mengikut setlist, kedua-dua lagu D'Lloyd yang pada mulanya dirancang dinyanyikan oleh KP terpaksa dikeluarkan daripada setlist atas sebab-sebab yang akan diterangkan kemudian. Aku malas nak cerita pasal aktiviti lain semasa majlis berambeh ni, tak ada apa yang menarik selain makan-makan dan karaoke.
Bob Kandar dan Azrol merangkap DJ yang bertugas pada malam itu. Ini merupakan kali pertama Bob Kandar menggunakan set PA system baru berjenama Denn setelah mendapat durian runtuh beberapa minggu lepas.
Seperti biasa, gambar-gambar berikut (bertanda ©RA) aku perolehi daripada jurukamera rasmi jabatan.
Oh ya, persembahan Hepi;) diserikan lagi dengan kehadiran bassist (bawah-tanah) tersohor di Bintulu - Adi Herman, kali ni menggunakan Silverado aku. Namun line-up kali ni tak boleh digelar Metuk Ulau Projekt sebab kekurangan seorang ahli iaitu si Korawk. Untuk persembahan kali ni aku menggunakan Mirage, manakala Goldie direhatkan...
Lagu Anak Kampung yang dinyanyikan secara duet oleh dua
orang pengawal keselamatan (yang pakai cap tu ayah Azrol).
Sepanjang persembahan, aku rasa serba tak kena, baik dari segi permainan mahupun bunyi gitar aku yang agak tenggelam (nasib baik vokal tak ada masalah). Mungkin petang tadi tak sempat nak soundcheck betul-betul Mirage dan efek aku sebab kelam kabut baru balik dari Dalat. Ataupun mungkin disebabkan kurang latihan, ataupun mungkin disebabkan ketiadaan mojo Goldie. Apapun sebabnya, ia berpunca daripada aku dan bukannya ahli kumpulan yang lain...
Persembahan live band Hepi;) kali ni sebenarnya adalah idea mantan pengarah pada majlis sebelumnya. Dan daripada info yang agak rasmi, KP memang suka menyanyikan lagu-lagu D'Lloyd terutamanya Cinta Hampa dan Keagungan Tuhan. Tapi ada satu info yang tidak disampaikan pada kami - KP hanya biasa menyanyi secara karaoke dan tak biasa menyanyi dengan iringan live band.
Akhirnya KP menyanyikan lagu-lagu D'Lloyd secara karaoke sahaja. Sebenarnya kami pun berasa agak lega sebab kami kurang yakin (terutamanya aku) untuk memainkan lagu-lagu D'Lloyd yang sememangnya agak asing bagi kami.
Dan seperti majlis sebelumnya, persembahan live band agak kurang mendapat sambutan berbanding karaoke (berebut-rebut orang nak berkaraoke). Sedikit sebanyak mengganggu mood persembahan.
Selepas ni sekiranya Hepi;) dijemput (atau disuruh) membuat persembahan untuk majlis-majlis anjuran jabatan mahupun kelab, berkebarangkalian besar aku akan tolak... Dengan alasan karaoke lebih senang, kurang beban (equipment setup) dan lebih mendapat sambutan.
Sebagai wakil Hepi;) aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Adi Herman kerana sudi meluangkan masa datang memeriahkan persembahan Hepi;) yang tak seberapa ni.
_____
Ada apa: Setakat ni, persembahan kami di Telaga Kumang merupakan yang paling happening!
5 komen:
alamak...live band dengan karoke ada sekali....memang la orang pilih karoke....sebab orang tak biasa mian live mesti lari tune punya...
alamak malu la pulak kau panggil aku bassist tersohor...aku bukan Billy Sheehan ataupun John Myung haha...anyway aku seronok sbb dpt perform lagu "Sejati" dgn u guys hahah barulah rock kangkang
faizal:
dan yg karaoke tu pun manjang je org2 yg sama. asal ada karaoke asyik2 dia saja yg nyanyi
adi:
"bassist (bawah-tanah) tersohor di Bintulu"... jgn bandingkan dgn sheehan atau myung yg dah tahap antarabangsa
tp klu stakat tahap underground bintulu, kira tersohor la tu
rugi la tak dapat main lagu dangdut...
aku setuju dgn bro berteromber...next time bawak lagu Goyang Inul hehehe
Post a Comment