Kali ni dan seterusnya untuk gig kelak Korawk menggalas tugas sebagai bassist, menggantikan Adi Herman yang lebih berkomitmen dengan kumpulan utamanya iaitu Tresno yang juga akan beraksi di pentas yang sama.
Tiada apa yang menarik untuk sessi kali ni kecuali sessi tanpa vokal, disebabkan power amp Behringer iNuke NU3000 studio yang menguasakan empat buah monitor amp Behringer VP1220F telah rosak (overload?) semasa sessi jamming oleh kumpulan lain pada hari sebelumnya.
Bersama ex-Clover aku |
Kali ni aku menggunakan Goldie berbanding Calypso seperti minggu lepas. Walaupun membawa Zoom G2.1Nu ternyata menggunakan amp Marshall MG102FX secara terus (direct) lebih mudah dan ringkas. Sebenarnya aku masih dalam dilema sama ada ingin menggunakan singlecut ataupun superstrat untuk gig kelak.
Rokok elektrik Korawk. |
3-layer tea (aka teh C special). |
Ada apa: Gimik "stokin" RHCP oke tak? Hahaha!~
4 komen:
Gimik stokin nanti kena banned satu malaya pulak..heheh
bassist bertopeng lebih macho dari aku (mcm chuck norris) haha itu yg pasti...MUP lebih cool dgn beliau sebagai bassist haha
nampak best 3 layer tea tu
teh 3 layer....layan oo
Post a Comment