Walaupun tempoh promosi YES sudah tamat, tapi disebabkan Reco masih ada beberapa unit stok lebihan daripada promosi YES yang lepas, maka aku masih berpeluang mendapatkannya pada harga YES. Thanks again Miss Ng for smooth transaction.
Ia berisi Zoom H1 Handy Recorder, gajet yang amat berguna untuk merakam bunyi-bunyian (audio) secara terus kepada format digital (WAV atau MP3). Ia merupakan GAS tahun 2012 yang tidak kesampaian kerana dana-dana perhobian ketika itu dah habis disalurkan untuk Pod HD300.
Recorder, manual, bateri AA, SD card 2GB. |
Kesemua recorder Zoom jenis audio dan video, mempunyai preamp/compressor yang akan melaraskan paras bunyi secara automatik supaya tidak pecah (distorted) semasa merakam bunyi-bunyian yang hingar dan bingit. Dan disebabkan aku tidak perlukan video untuk diarkib, maka aku memilih H1 sahaja.
Firmware telah diupdate kepada versi 2.0, membolehkan recorder ni berfungsi sebagai mikrofon USB yang boleh merakam terus bunyi-bunyian ke komputer menggunakan perisian Steinberg Wavelab LE yang disertakan atau perisian DAW lain kegemaran anda (aku suka guna Audacity).
Sesuatu yang amat perlu untuk membuat rakaman (vokal) di rumah tanpa perlu membeli gajet tambahan seperti USB audio interface untuk mikrofon konvensional.
Mikrofon stereo XY ikonik Zoom - teknologi sama seperti yang terdapat pada recorder utama Zoom iaitu H4n. Membolehkan bunyi-bunyian dirakam secara stereo bla bla bla... Bab-bab teknikal dan spesifikasi boleh baca di sini.
Seperti biasa, tambahan beberapa keping pick untuk menggenapkan bayaran. Kali ni aku memesan secara spesifik pick Dunlop Hetfield Black Fang PH112 (yang pada asasnya merupakan siri Ultex).
Dengan adanya recorder H1 ni, ia akan digunakan untuk merakam setiap sessi jamming dan gig (menggantikan Walkman NWZ-B152F yang digunakan sebelum ini) untuk kegunaan post-mortem dan diarkibkan.
_____
Ada apa: Accessory pack APH-1 mungkin akan diusahakan kemudian.
8 komen:
berapa ketul ini barang? boleh pm aku tak?
kiahua the price?
rm395 before less? zoom ni ade yg jenis boleh tangkap sekali dgn video kan?
portdy:
dah reply kat fb
mba:
harga YES jadi RM284, campur postage tak sampai RM300
video? ada... Q2HD, Q3HD (mcm korawk punya ni)
Zoom Q3HD mcm korawk punya tu agak mengecewakan la dari segi video nya, smart phone punya video lagi bagus...tapi dari segi audio tak boleh lawan la...tetap terbaik
adi:
bakal digunakan utk JOTB#2 sabtu nanti
Kalo kata nak record demo pun guna benda ni la eh?
boleh, anggap saja mcm tape recorder
Tq ijau
Post a Comment