Lester William Polsfuss aka Les Paul (9/6/1915-12/8/2009), jika beliau masih hidup, hari ini merupakan hari lahir beliau yang
ke-100.
|
Rock and Roll Hall of Fame. |
Walaupun jasa beliau dalam dunia gitar elektrik memang tidak dapat dinafikan (sila Google/Wiki), tapi serius, aku tak pernah dengar nama beliau sehinggalah aku mula terjerumus dalam hobi kegitaran pada
tahun 2009, beberapa bulan sebelum beliau
meninggal dunia.
Kalau nak cerita pasal Les Paul (the man) aku tak tau, tapi kalau cerita pasal
Les Paul (the guitar) mungkin aku boleh karang beberapa perenggan...
Sebagai seorang peminat, penghobi dan juga pemain gitar elektrik (enthusiast, hobbyist, guitarist), sudah pasti aku juga memiliki gitar Les Paul walaupun hanya sebuah
Epiphone (tak mampu ber-
Gibson) iaitu Les Paul 1957 Goldtop (aka
Goldie).
|
Imej cilok blog KDHR. |
Pengaruh gitaris idola memang tak dapat dinafikan dalam faktor pemilihan gitar. Dalam kes di atas tadi pastinya dipengaruihi oleh Gibson Les Paul
1970s Deluxe Goldtop kepunyaan Adrian Smith yang selalu digunakan semasa konsert Iron Maiden. Aku juga telah memasang pikap DiMarzio
Super Distortion disebabkan faktor yang sama.
Les Paul bukanlah gitar yang selesa digalas, ia berat dengan kayu mahogany padu, tak berapa ergonomik seperti Stratocaster. Kalau tak biasa galas gitar yang berat, setengah jam dah rasa sakit bahu. Tapi, ada satu perasaan puas hati bila menggenggam neck yang tebal dan mula strum open E chord pada crunch/dirty channel amp Marshall (atau modelling).
|
My singlecuts: Eclipse and Les Paul. |
Sekarang aku lebih menggunakan ESP LTD EC-256 (aka
Dark Moon) berbanding gitar lain (yang direhatkan). Walaupun ia sebuah
Eclipse yang lebih nipis, ringan dan sedikit ergonomik, tetapi karekteristik asas Les Paul masih ada.
Err... Apa aku merepek pagi-pagi ni?
_____
Ada apa: Tak lupa SX
PEG2 dan Ibanez
GARTB20. yang pernah dimiliki.
5 komen:
dapat info sikit aku dalam entri ni.
cita2 bertukar angan2 mat jenin bertukar fantasy...
sama la...dulu aku pun tak tau les paul tu nama orang...
ESP tak kena saman ke pasal tiru rekaan model les paul tu?
d'arsil:
kongsi info
deaf:
mat jenin seorang yg berjaya... kalau dia mati jatuh pokok, tadak sapa tau apa yg diangan2kannya
berteromber:
nama kugiran 60an dulu2 selalu letak nama "les" kat depan kan? les perindu, les teruna, dll... kenapa eh?
rafi:
dah pernah kena saman dulu2, sebab tu bentuk badan eclipse ada sikit offset berbanding les paul
Post a Comment