Dalam website Ibanez, siri Sound Wave yang tinggal hanyalah model SW15, tak lama lagi mungkin kesemua model dalam siri Sound Wave akan diberhenti (discontinued) dan digantikan sepenuhnya oleh siri Promethean.
Pada mulanya aku ingin mendapatkan amp Hartke A35, tapi YES tahun ini harganya melonjak naik menjadi RM8xx berbanding tahun lepas RM6xx.
SW35 dipilih menjadi alternatif kerana memiliki ciri-ciri yang hampir sama dengan A35 - berharga RM6xx (harga YES), speaker bersaiz 10", boleh berposisi condong (slanted, kickback), memiliki compressor dalaman dan ada line out. Cuma ia tidak memiliki effects loop di belakang seperti A35 (model lama SW35 "black panel" ada effects loop).
Empat tombol EQ (TREBLE, HI-MID, LOW-MID, BASS) sudah lebih daripada cukup untuk melaras bunyi yang diingini. Selain itu ia juga memiliki dua butang preset EQ iaitu SHAPE (scooped mids) dan ROLL OFF (treble cut) sekiranya malas untuk bermain dengan tombol-tombol EQ tadi.
Memiliki tiga efek dalaman (built-in) yang biasa digunakan oleh pemain bass - COMP (compressor), DIST (distortion) dan ENV FILTER (auto wah). Ketiga-tiga efek ini hanya ala kadar, tidak dapat dilaras, kecuali DIST yang berkadar terus dengan tombol GAIN.
Selain itu ada tiga lagi kelebihan amp ini:
- AUX (auxiliary input) - memiliki tombol kecil untuk melaras kekuatan input device (contohnya mp3 player). Kebiasaan auxiliary pada amp lain tidak memiliki tombol sebegini, volume hanya dikawal pada device.
- LINE OUT - sekiranya kekuatan output 35 Watt tidak memuaskan nafsu anda, amp ini boleh disambung pada amp lain (chaining), FOH atau PA system melalui LINE OUT tanpa perlu menggunakan DI untuk bunyi yang lebih ohsem dan mendebarkan dada.
- FOOTSWITCH - menggunakan IFS2 (dijual berasingan), DIST dan ENV FILTER boleh dikawal menggunakan suis kaki. Tapi aku rasa ini bukan kelebihan, kerana ia tidak dibekalkan.
Dengan kemahiran membodek (negotiate skill) aku yang tak seberapa, dengan pembelian amp tadi aku berjaya membodek hadiah percuma iaitu seutas kabel instrument Hot Wires 10'. Oklah kan?
Amp ni terasa besar bila digandingkan dengan bass aku SR300 (Tommy) juga daripada Ibanez. Di rumah, 35 Watt memang overkill (seperti Vypyr 30). Tapi amp ini bukanlah untuk digunakan di rumah, tetapi untuk kegunaan jamming di Hepi;) makeshift studio. Esok ada sessi jamming Hepi;), aku akan cuba amp ini seoptimumnya. Jika tidak puas hati dan dada tidak berdebar, boleh guna opsyen LINE OUT tadi.
_____
Ada apa: Kalau cukup barang, boleh disewakan bersama-sama HSE.
2 komen:
tahniah
aku ada kawan memang kumpul sound system, dia kalau gi shopping center, dia tak tengok kedai, tapi dia perhatikan sound sistem shopping center tu dan segala toknenek la wiring semua...
end up, barang2 dia beli semua memang dia rent out often pasal keperluan majlis and stuffs, and birthday parties...
cuma aku tak tahu cammana dia simpan segala barang toknenek sound sistem dia kat rumah hahaha...
Post a Comment