Ok, ini lebihan gambar yang diambil semasa berjalan kaki dari
Wana Riverside Hotel ke
Stadthuys hampir
sebulan yang lepas (24/2/2016).
Disebabkan bandar Melaka ni ramai pelancong dalam dan luar negara, akupun tak segan-segan buat perangai rusa masuk kampung, tangkap gambar sana-sini... Kalau tempat lain, amat tidak digalakkan.
Idea yang menarik untuk diikut oleh bandar-bandar di Sarawak yang kebanyakkannya bersebelahan sungai.
Sepanjang perjalanan menyusuri tebingan sungai, banyak pemandangan yang berseni, pelik dan cantik, terutamanya kolaj dan mural yang bercirikan street/urban art.
Aku tak faham tema apakah yang dilekat pada dinding kayu ni, kebanyakkannya merupakan keratan akhbar berbahasa Jerman.
Mural dinding yang menarik, rasanya dua kali aku perasan rekabentuk bunga begini sepanjang perjalanan.
Sampai di kawasan Bastion Victoria yang bersebelahan dengan gereja St. Francis Xavier aku tidak lagi lalu di tebingan sungai, naik ke atas dan lalu di bahu jalan.
Gereja St. Fancis Xavier (lawak Deadpool: Steward or McAvoy?) dengan hype "Built 1849". The twin tower of 17th century Malacca? Hehehe...
Aku suka senibina neo-gothic sebegini, katanya diinspirasikan daripada rekebentuk gereja besar St. Peter di Perancis.
Tak jauh daripada gereja tadi, bangunan-bangunan berhampiran dah mula berwarna seragam merah bata (terracotta, maroon, burgundy), menandakan Stadthuys dah dekat. Melalui kaki lima rumah kedai ni terasa deja-vu Penang...
Stadthuys, antara tinggalan penjajah Belanda di Melaka. Seperti yang aku ceritakan dalam entri sebelum ni, memang dah lama aku teringin nak datang ke tempat ni kerana nilai sejarah dan estatiknya
Senibina gereja Christ Church (1753) ni pula seperti gereja dalam filem-filem koboi (Wild West) kan?
Aku tak pasti apa tujuan mortar ni diletakkan berhampiran menara jam dengan muncung yang terbuka. Adakah ia asli, replika ataupun tong sampah? Memang ada yang salah anggap ia tong sampah, kerana di dalamnya memang ada banyak sampah, sedih...
 |
Pemandangan ala poskad. |
Aku sanggup berjalan kaki ke Stadthuys ni sebenarnya semata-mata nak beli cenderamata (t-shirt) Melaka untuk isteri dan anak-anak. Kena datang sebelum pukul 7.00 petang, kalau tak gerai-gerai dah tutup.
Selesai membeli t-shirt, sambung kembali aktiviti "berlagak" jadi pelancong (memang aku pelancong pun~). Menyusup masuk dalam rombongan pelancong dari Korea dan China, blending in...
Area tebing sungai pula banyak arca-arca dan ukiran, antaranya nama-nama PM di bawah ni:
Sebatang kayu di sebelah paling kanan belum terpahat nama sudah disediakan, adakah ia disengajakan?
Yang ni katanya kincir air di-Raja (or sort of...) akupun lupa namanya sebab tak ambil gambar label plak.
Bila dah muak jadi pelancong, baliklah~ Perjalanan balik aku menyusuri tebingan sungai di sebelah bertentangan pula.
Sebarang jambatan ada Hard Rock Cafe, kalau aku ada di Melaka sampai 27/2/2016 mungkin sempat tengok persembahan
Dr. Bentara di sini.
Aku lupa nama jalan ni, tapi sebelah Hard Rock Cafe, nampak macam China Town.
Cool street art, warnanya ceria, biarpun latar belakangnya bangunan tahun 1930-an (or older).
Hah kan! Lebih kurang sama macam bunga gambar keempat di atas tadi. Selepas kawasan ni tak lagi ambil gambar, sepanjang perjalanan balik telefon digunakan untuk berbual dengan Mrs. Ijau dan anak-anak.
Aku sememangnya suka kawasan, tempat atau bangunan yang bersejarah. Daripada sejarah kita boleh belajar daripada kesilapan generasi sebelumnya. Kadang-kadang timbul persoalan - alternate history - bagaimana sekiranya Melaka tidak pernah dijajah oleh kuasa besar Eropah?
Antara entri AADI lain yang berkaitan dengan sejarah -
Tugu Starcevich,
Muzium Limbang dan
Return To Limbang.
_____
Ada apa: Semua gambar diambil menggunakan Asus
Zenfon C.