Pertama kali jumpa BOS - imej cilok. |
Kemudian, pertengahan 1999 barulah berkesempatan bermain siri pertama. Ketika itu aku dan rakan sebilik tadi bermain secara side-by-side (bukan co-op ye) dengan karekter, pendekatan dan kaedah yang berbeza, nak tengok siapa yang dapat habiskan dulu.
Spin-off Fallout Tactics: Brotherhood Of Steel aku ingat-ingat lupa, rasanya dilayan penghujung 2001 kot?
Siri ketiga Fallout 3 (duh~), dimain sekitar penghujung 2008 berjaya memecahkan rekod peribadi bermain game paling lama iaitu 15 jam, yang sebelum itu dipegang oleh Half-Life 13 jam (1999).
Cerita pasal Fallout: New Vegas pula boleh rujuk entri 2011.
Dan tak berapa terkini, Fallout 4 yang diperolehi setahun yang lepas. Game yang memaksa aku menjadi console gamer (PS4) selepas berbelas-belas tahun duduk dalam khemah master race PC gamer.
Daripada siri Fallout ini aku mengenali beberapa lagu klasik yang menjadi lagu intro dan lagu runut. Antaranya Maybe, I Don't Want To Set The World On Fire (The Ink Spots), A Kiss To Build A Dream On (Louis Armstrong), Way Back Home (Bob Crosby), The End Of The World (Skeeter Davis), The Wanderer (Dion DiMucci) dan beberapa lagi lagu klasik yang rasanya aku sanggup beli CD kalau ada rilisan rasmi.
_____
AADI: Bulan Oktober, bulan kembali gaming? Game on!
2 komen:
Dah abes main ke.tgh layan game apa skarang?
fallout 4 dah habis 2 daripada 4 ending awal tahun ni... lepas tu hiatus main PS4, la ni nak sambung balik main TR reboot, tapi belum sampai mood
Post a Comment