Majlis konvokesyen biasanya adalah hari terbuka sesuatu kampus, tapi untuk kes IKMB ini orang awam tidak dibenarkan meletak kenderaan di dalam kawasan kampus dengan alasan tidak ada pas kenderaan, WTF? Nasib baiklah dapat runding masuk sekejap untuk memunggah barang (sahaja), kalau tak naya nak berangkut dari luar.
Tiba sekitar pukul 10.50-11.00 pagi, slot persembahan MUP dijadualkan pukul 11.15 pagi, sempatlah warm-up. Seperti gig sebelumnya, MUP tidak cukup korum hanya aku, Bob Kandar dan gitaris jemputan Azroy Hammet, tiada bassist.
Menggalas Neon dan menggunakan amp sendiri (yang dibawa untuk Mini Mob) iaitu Laney IRT-X. Amp atas pentas tidak boleh diharap berdasarkan pengalaman Azroy pada hari sebelumnya. Untuk amp modelling, patches dan efek, Boss GT-1 digunakan.
Baju ESP tapi gitar cuma LTD. |
Hujan renyai-renyai mula turun sekitar pukul 12.00 tengah hari, makin lebat dan berlarutan hingga pukul 1.00 petang. Terpaksa mencari perlindungan di bawah khemah pentas, biar aku basah, jangan equipment basah. Mujurlah gigbag semua jenis yang agak kalis air.
Persembahan selepas hujan oleh kugiran Gedong Riot Crew. Membawakan lagu-lagu bergenre punk/skinhead terutamanya lagu-lagu cover ACAB. Persembahan yang agak bertenaga berbanding kumpulan sebelumnya, hehehe...
Mini Mob bermula sekitar 2.30 petang dengan beberapa sessi soundcheck dan rehearsal, manakala acara sebenar berlangsung sekitar 5.00 petang selepas kedatangan VIP IKM. Setiap peserta yang mendaftar juga diberikan sijil penyertaan oleh pihak IKMB.
Lagu-lagu yang dimainkian Biar Berkikis Bulu Betis, Meniti Titian Usang, Hati Emas, Situasi, Akan Ku Tunggu, It's My Life, Last Kiss dan lagu encore Pelesit Kota.
Dikatakan ini merupakan Rock & Mob (mini) yang pertama diadakan oleh institusi pengajian tinggi di Malaysia. Disertai oleh lebih kurang 50 orang ahli muzik dan vokalis daripada IKMB sendiri dan ahli Pemuzika. Kebanyakannya adalah muka-muka yang dikenali semasa Sarawak Rock & Mob bulan lepas.
Pendapat peribadi, Mini Mob ini walaupun berjaya, tapi ia agak kurang meriah kerana ramai rakan-rakan "geng keras" yang menyertai Sarawak Rock & Mob bulan lepas tidak dapat turut serta kerana komitmen kerja.
Ice cream break. |
Rasanya ini merupakan aktiviti muzika sosial terakhir aku sebelum hiatus beberapa bulan. Selain alasan bulan puasa dan raya, yang penting adalah persiapan untuk paternity mood yang dijangka pada bulan Ogos nanti, insya-Allah.
_____
AADI: *Kadang-kadang teringin juga nak lari daripada hype Iron Maiden.
2 komen:
aktif juga yer MUP tahun ni
taklah aktif mana pun, baru 2 shows tahun ni... cuma tak cukup korum, yang lain tengah sibuk dengan projek tahi suci
Post a Comment