Dijadikan cerita ini merupakan pertama kali aku menservis bass. Bila dihantar ke tempat aku, aku berani cakap bass ini bukan Ibanez asli, tapi bahasa lembutnya "copy". Aku pernah memiliki dua jenis bass Ibanez GSR series iaitu GSR190J dan GSR200EX, jadi sedikit sebanyak tahap "GSR lore" aku boleh tahan jugalah.
Daripada headstock beberapa off-sets; (1) label "Ibanez", (2) trussrod cover bentuk LTD dan (3) bucu kanan agak "tumpul". Rujuk headstock GSR190J, GSR200EX dan SR300 di bawah sebagai perbandingan.
GSR190J (aka ex-Crows). |
GSR200EX (aka ex-Clover). |
SR300 (aka Tommy) |
Menjenguk isi perut, sekurang-kurangnya kerja kayunya lebih bagus daripada Fender 50's Strat copy dalam entri ini. Cuma ia tidak dilapisi dengan cat konduktif yang biasanya berwarna hitam. Mungkin satu daripada punca humming.
VOL/VOL/TONE. |
Nak buat copper shielding menggantikan cat konduktif, tapi aku tak ada material dan kemahiran. Jadi aku cuba untuk "mengatur" semula pendawaian - buka dan pateri semula wayar seringkas mungkin dengan harapan kuranglah ground loop.
Pada pendengaran aku yang amatur ini, selepas "diatur" semula pendawaian ada kurang sikitlah humming (menggunakan Blackstar Fly 3) berbanding mula-mula diterima. Cuma malangnya, bila sampai di tempat tuan punya, bunyi humming masih ada *sigh~*.
_____
AADI: Bajet bukanlah satu-satunya kriteria pembelian alat muzik.
3 komen:
Saya mencadangkan anda tukar pots ke 250k(generic atau berjenama). Lebih bersesuaian untuk passive bass.
"mengatur" - saya belajar perkataan baru hari ini.:)
terima kasih, harapnya tuan punya bass ada baca entri ini untuk cadangan tersebut
"atur, mengatur" - istilah yang digunakan untuk membaiki, tapi tak tau apa masalah sebenar
Setuju dengan tuan Yus- lebih2 lagi untuk pickup jenis single coil...
Post a Comment