Mencuba satu lagi minuman herba dengan nama yang agak ranggi *Jia Duo Bao, dengan hype "minuman herba semulajadi yang diiktiraf selama lebih dari seratus tahun".
Campuran minuman herba Mesona chinensis benth, Plumeria rubra, Microcos paniculata, krisantimum, Lonicera japonica thunb, Prunella vulgaris dan liquorice. Halal dan buatan Malaysia oleh Pokka Ace (M) Sdn. Bhd.
Diperolehi di pasar raya M dengan harga sekitar RM2.70 untuk setin berisipadu 310 ml. Rasa lebih kurang sama dengan teh herba jenama lain seperti Cheers, Yeoh's Cheng Bou Leong dan Mamee Cool Tea. Seperti biasa, minuman teh herba sebegini sesuai dinikmati ketika suam atau suhu bilik, nikmatnya lebih terserlah berbanding diminum sejuk.
*Aku sengaja gambar belah yang bertulisan Cina åŠ å¤šå¯¶ berbanding belah tulisan rumi bersempena semangat CNY hari ini.
______
AADI: GXFC, PKP, SOP.
3 komen:
Aku tak suka teh herba... Memang tak beli la yg jenis macam ni
Bagaimana tahap kemanisan?
Bert - kalau air cincau, amacam?
Bro Sub - manisnya lebih kurang macam Wong Lo Kat dan Cheng Lou Leong
Post a Comment