Selepas tarik kaw kopitam, mencuba pula perisa kopi-o kopitiam. Aku tak pasti, adakah corak tin sebegini edisi terhad khusus untuk label "kopitiam" atau Nescafe sudah berubah wajah (facelifted) lagi?
Rasanya sama seperti Nescafe kopi-o tin biasa atau black roast, hanya visual sahaja nampak lebih menarik dengan label hitam-ungu dan imej ikonik "kopitiam". Aku tak suka kopi-o, lebih-lebih lagi kalau sejuk. Inipun dibeli semata-mata untuk modal AADI, dibawa balik rumah, dicampur dengan sekotak susu UHT 200 ml dan ditambah ais. Bolehlah lawan rasa kopi hipster.
_____
AADI: Empty decorations...
2 komen:
design nya cantik
design boleh tahan lawaaa.
Post a Comment