Abang long Goldie dibelanja dengan set tali baharu Dunlop KKN1052 Kerry King, dipasang dengan konfigurasi 10-46 pada talaan Eb-standard (E-standard jika perlu). Tali ekstra saiz 52 disimpan untuk gitar lain, mungkin akan digabungkan dengan set 9-42 lain menjadikannya set 7-string.
Aku ada pengalaman *bencinta dengan tali-tali gitar jenama Dunlop. Ikut pengalaman (ini, ini, ini dan ini) talinya lembut, tapi akan ada lebih banyak residu hitam pada hujung jari berbanding jenama lain. Tapi tak mengapa, asalkan tidak karat sebelum dibuka. Tak sehangin Ernie Ball...
Seperti biasa, juga mengambil kesempatan untuk mencuci badan dan fretboard. Nampak jelas kelainan inlay fret ke-15 yang kekuningan (plastik?) berbanding fret-fret putih yang lain (pearloid?) seperti yang pernah aku ceritakan dalam entri ini.
Baru perasan Dunlop kini telah memilih kaedah pembungkusan semua tali dalam satu bungkusan plastik dan kod warna pada penghujung bebola (ball-end), seperti yang dipopularkan oleh D'Addario.
Mungkin kaedah ini juga dapat mencegah pembentukkan tompok-tompok karat jika tali disimpan dalam jangka masa yang lama, selain menjimatkan penggunaan sampul kertas berbanding kaedah tradisional.
Ironinya, 10 tahun lepas tali pertama yang dipasang pada gitar ini (selepas tali stok) juga adalah KKN1052 (berlabel KFK ketika itu). Merupakan pengalaman pertama menggunakan saiz 10-46 pada Les Paul. Hmmm... 10 tahun dah ye?
_____
AADI: *Bencinta = love/hate.
0 comments
Post a Comment