Mendapatkan set active preamp generic/oem tanpa jenama daripada Shopee untuk menggantikan preamp asal pada bass Warlock bertali lima aku Francesco, yang kesemua tombol-tombolnya (potentiomenter sebenarnya) sudah keras. Set ini hanya berharga RM25+ termasuk pengeposan.
Sememangnya kesemua potentiometer sudahpun keras ketika ia dimiliki semula, pengguna sebelum ini mungkin jarang memulas tombol-tombol dan cara penyimpanan juga mungkin antara penyebab ia menjadi keras.
Preamp lama. |
"Preamp yang ringkas, aku tak pasti model apa, mungkin in-house model. Dengan pematerian yang agak kemas walaupun wayar berserabut tidak diikat. Yang ini aku biarkan sahaja (as-is) selagi tak ada masalah." - entri 2018.
Perancangan utama adalah untuk menggantikannya dengan set EMG 40P5 + EMG 40J untuk kepuasan diri. Tapi selepas muhasabah diri dan faktor kos, ia dibatalkan. Lagipun aku jarang guna bass ni, dan sampai satu tahap mungkin aku akan jual semula bass ini jika ada pihak yang *betul-betul berminat.
Aku memilih preamp ini berbanding preamp Belcat yang RM10 lebih mahal kerana layout yang sama seperti preamp asal iaitu empat pot - VOLUME, BLEND dan 2-band EQ TREBLE/BASS. Preamp Belcat memiliki 3-band EQ TREBLE/MID/BASS menjadikan lima pot kesemuanya.
Cuma agak was-was dengan ketahanan stereo output jack yang digunakan. Sampai masa pastinya akan ditukar dengan Switchcraft (ikut legasi YusTech). Juga didatangkan dengan bekas bateri, dapatlah menggantikan bekas bateri asal yang penutupnya sudah patah.
Aku hanya perlu memateri pikap-pikap asal pada pot BLEND, selebihnya tidak perlu kerana kesemua litar adalah jenis pre-wired. Tapi, tunggulah nanti bila ada masa barulah projek ini bermula. Sekarang kembali "sibuk" PC gaming memainkan semula game lama Fallout: New Vegas, kah kah kah...
_____
AADI: *Yang berminat, tapi tak betul tu memang dah ada.
0 comments
Post a Comment