Pedal tuner jenis *polifonik seperti TC Electronic Polytune 3 atau Polytune 2 merupakan antara GAS tahun ini. Tapi bersempena jualan "crazy sales" Music Bliss, model Polytune 3 Noir Mini ini jauh lebih murah berbanding harga runcit semasa (beza RM100!), ditambah lagi dengan pengeposan percuma membuatkannya berbaloi-baloi.
Tuner jenis polifonik amat memudahkan proses penalaan gitar terutamanya untuk pengguna Floyd Rose (atau seangkatannya). Sekali strum, dapat tahu tali mana yang talaannya lari. Termasuklah untuk talaan jenis drop.
Sebagai sebuah pedal bersaiz mini, kelemahan utamanya ialah tiada ruang untuk bateri (tidak seperti Korg Pitchblack Mini yang guna bateri CR2032), perlu menerima bekalan kuasa daripada adapter 9V.
Selain itu, terdapat juga litar buffer Bonafide diintegrasikan dalam pedal ini, kelebihan Polytune 3 berbanding varian Polytune 2. Dua suis kecil di tepi ini untuk mengaktifkan mode buffered/bypass dan standard/always-on.
Ikut pengalaman, ketika di atas pentas atau dalam keadaan yang banyak gangguan daripada getaran luaran (kick drum, bass, dll), tuner jenis clip-on akan "pening" dan memang tidak boleh diharap. Ketika inilah tuner jenis pedal (atau tuner dalam multi-fx) lebih praktikal kerana isyarat elektrikalnya tidak akan terganggu oleh getaran luaran tadi.
Apa-apapun, sewajarnya setiap pemain gitar/bass perlu ada sekurang-kurangnya satu jenis tuner sendiri, tak kisahlah tuner jenis clip-on, candybar atau pedal. Aku pernah "kehilangan" sebuah tuner clip-on dek kerana berpinjam-pinjaman semasa gig...
_____
AADI: *Pernah memiliki Korg Pitchblack Poly.
0 comments
Post a Comment