Penjenguk berkala peti sejuk Walls, Nestle, Magnolia dan King's di pasar raya atau kedai runcit seperti aku pasti tidak akan melepaskan peluang jika terjumpa ais krim perisa baharu. Kali ini terjumpa ais krim kontena Nestle perisa coconut gula melaka.
Adakah ia perisa edisi terhad ataupun akan menjadi perisa biasa? Merujuk Facebook Nestle Ice Cream, perisa ini sudah ada sejak Januari 2021. Jadi ia bukanlah perisa bermusim sempena Ramadhan mahupun lebaran.
Tapi yang pasti rasanya pergh!~ Manis dan lemak gula Melaka memang ikonik, ditambah pula dengan aroma kelapa jelas terasa eksotiknya. Amatlah sesuai untuk pencuci mulut (dessert) selepas sungkei.
_____
AADI: Menunggu perisa cendol pula.
0 comments
Post a Comment