Ok, lari sekejap daripada tema entri minuman.
Hampir setahun aku menggunakan set topeng pelitup muka jenama Carbon Classic sebagai pelitup muka harian, ada yang sudah lusuh dan kendur earloop-nya kerana kerap dibasuh. Jadi, aku *memesan sekali lagi set Classic (tiga unit per set) terus dari websitenya.
Berbanding batch pertama yang ada ketiga-tiga warna - putih, hitam, kelabu - batch kali ini boleh dipilih warna apa yang kita suka, aku memilih satu hitam dan dua kelabu. Warna putih agak tidak ranggi untuk kegunaan harian selain cepat kotor dan susah dicuci.
Aku perasan untuk batch kali ini ada penambahbaikan dari segi ketelusan udara, keelastikan dan material fabrik yang digunakan, lebih-lebih lagi untuk fabrik yang berwarna hitam. Earloop pun lebih tegap berbanding sebelum ini.
*Selepas memesan set Classic ini, keluar pula versi Carbon Air Lite, yang katanya penambahbaikan daripada versi Carbon Air sebelum ini. Haish~ Bad timing...
_____
AADI: Selamat berPKP-raya.
0 comments
Post a Comment