Setelah memesan batch kedua set pelitup muka jenama Carbon Classic beberapa minggu lepas, keluar pula versi terbaharu iaitu Carbon Air Lite, yang katanya penambahbaikan daripada versi Carbon Air sebelum ini. Namun harganya masih sama seperti Carbon Air.
Seperti biasa, untuk percubaan dipesan seunit sahaja. Tapi bila diterima agak hampa kerana aku memesan warna jet black, tapi dapat space grey pula. Juga terdapat dalam warna pink mist dan denim blue.
Tiada beza ketara dengan versi Carbon Air, hanya kualiti fabrik sahaja yang ada penambahbaikan katanya lebih telus udara. Ear-loop pun lebih besar dan tegap.
Tapi kalau ikutkan pengalaman aku, batch baharu Carbon Classic yang diterima minggu lepas pun sudah kira cukup selesa untuk kegunaan harian. Dan bila sudah biasa dengan jenama ini, tidak teringin untuk mencuba jenama lain. Apatah lagi memakai pelitup muka pakai buang.
_____
AADI: Dan lebih ranggi metropolis.
0 comments
Post a Comment