Mahu tak mahu sekali lagi kita beraya dalam suasana PKP seperti tahun lepas. Situasinya mungkin berbeza-beza mengikut negeri/daerah, tapi bagi kami di negara Bintulu statusnya masih PKPB + SOP diperketat. Dek kecelaruan SOP, aku rasa sambutan raya tahun ini lebih celaru berbanding tahun lepas.
Kitar semula imej tahun lepas. |
Sejak PKP(x) dan darurat diumumkan, kami sekeluarga tidak menaruh harapan untuk dapat balik beraya di Membakut lagi tahun ini dan sudahpun bersedia untuk beraya di Bintulu. Nak mengeluh pun tak guna, kami orang sains dan barisan kedua, faham-faham sajalah.
Tapi bagi aku asalkan dapat bersama isteri dan anak-anak, beraya di mana pun (dalam vault macam game Fallout sekalipun) sudah tak kisah. Yang selebihnya, gunakanlah teknologi yang ada...
Dalam kesempatan yang ada, AADI ingin mengucapkan salam Aidilfitri 1442H kepada rakan-rakan bloggers, pengikut dan pembaca senyap di luar sana yang meraikannya. Rayakah kita?
_____
AADI: #shramzb
3 komen:
Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin
Perkembangan di kota Singa: Mula-mula 8 pengunjung dibenarkan, kemudian 5. Sekarang 2 sahaja memandangkan kes jangkitan berkelompok semakin meningkat. Mutakhir - sekolah ditutup, pembelajaran di rumah mulai Rabu 19 Mei.
salam aidilfitri kepada bro-bro Selat Tebrau
Post a Comment