Dalam situasi semasa (pandemik, PKP, WFH) memang tidak dapat lari daripada menggunakan aplikasi video conference seperti Google Meet dan Zoom. Dengan adanya sebuah laptop dan talian internet yang stabil tiada masalah untuk semua itu.
Masalah muncul bila sessi kita bertembung dengan sessi sekolah online anak. Kena dahulukan sessi anak kerana laptop dibeli adalah untuk tujuan itu. Terpaksalah aku "hadir" sessi dengan menggunakan PC klon aku yang tiada keupayaan audio dan visual online. Ya, aku tahu boleh guna telefon pintar, tapi lebih selesa mengadap skrin laptop atau monitor berjam-jam berbanding skrin telefon pintar kan?
Mulalah terfikir untuk mendapatkan sebuah webcam untuk dipasang pada PC aku, dan terkadang berangan untuk membina streaming rig ala Matt Heafy seperti video di atas...
Baru-baru ini aku ada terbaca artikel PCWorld yang mengatakan kebanyakkan kamera digital, DSLR dan kamera aksi (jenis macam Go-Pro) boleh berfungsi sebagai webcam, bergantung kepada jenis, kebolehan dan setup yang digunakan.
Jury-rigging DIY streaming rig. |
Kamera digital Sony DSC-S930 yang dibeli eksklusif untuk AADI 12 tahun lepas (sudah pencen) hanya berfungsi sebagai card reader bila menggunakan sambungan USB. Kamera dashboard cap ayam pula (sekarang dah guna 70Mai) menggunakan sambungan USB hanya untuk mengecas bateri.
Mujurlah diselamatkan oleh kamera aksi Go-Amateur (parodi Go-Pro) yang sudah lama tidak digunakan, walaupun berkulat tapi masih berfungsi. Kamera ini mempunyai dua mode USB iaitu sebagai card reader dan PC camera. Dengan resolusi maksimum 720p (16:9 30fps) untuk mode PC camera ia sudah kira cukup untuk dijadikan webcam.
Zoom H1 Handy Recorder ini juga boleh berfungsi sebagai mikrofon USB. Sudah pasti kualiti audionya lebih mantap berbanding menggunakan mikrofon pada kamera atau mikrofon analog headset. Sayang tripod APH-1nya sudah patah.
Selamatlah daripada TERbeli sebuah webcam dan/atau sebuah mikrofon USB podcast. Dan tak perlu lagi "pinjam" laptop anak tiap kali ada sessi VC.
Salam aidiladha kepada rakan-rakan bloggers, pengikut dan pembaca senyap AADI.
_____
AADI: Ok, dah boleh join sawancara Ngumpaiks TV.
1 comment
Salam Aidiladha.
Nice info... tapi aku memang mengelak dari guna kamera bila seisi online opis...hahaha..
Post a Comment