Aku tak faham apakah tujuan sebenar trending makanan pedas Korea yang sepedas-pedasnya, contohnya produk Cheers Daebak ghost pepper cola. Tapi aku terperangkap juga dengan trending ini, mungkin untuk menyahut cabaran tahan pedas kot? Hahaha...
Ini antara mi goreng segera yang selalu ada dalam stok aku kebelakangan ini. Mi goreng jenama Mi Sedaap ini terdapat dua versi Korean spicy chicken, iaitu versi mi sup dan mi goreng.
Jenama ini memberi pilihan dua tahap kepedasan, tabur satu paket untuk pedas lazat dan tabur dua paket untuk pedas gila. Dan seperti ayatnya, satu paket memberikan rasa pedas lazat, dan peket kedua faham-faham sajalah...
_____
AADI: Ingin mencuba mi goreng Maggi pedas giler.
2 komen:
tak tahan aku...pedas sangat
aku pernah tabur 2 peket, masih "mampu" dimakan tapi dah tak sesedap 1 peket sebab rasa pedas ekstrim memotong rasa sedap mi
Post a Comment