Mendapatkan tiga unit mini potentiometer 500k Allparts berjenama Bourns daripada Jovis Music melalui platform Lazada mereka semata-mata untuk projek melitar semula Shiro.
Jenama Bourns dipilih kerana memiliki knurl 18-spline supaya tombol-tombol plastik asal ESP boleh digunakan semula berbanding knurl 24-spline pada jenama CTS. Tolerance ketiga-tiganya juga amat konsisten sekitar ±1% sahaja purata (492k, 493k dan 500k).
Menggantikan litar Alumitone/Deathbucker sebelum ini yang menggunakan pot 500k Gotoh (volume) dan push-pull DiMarzio EP1201PP (tone). Pot dan kapasitor ini akan dikitar-semula untuk projek gitar lain.
Litar baharu pula dipasang sekemas dan sepremium mungkin termasuk menggunakan penebat tiub heat shrink untuk kepuasan diri. Kapasitor Sprague Orange Drop 47nF tajaan YusTech (masih berjasa Bro) digunakan. Kalau tak puas hati, 11nF masih ada untuk eksperimentasi.
Selepas dipandu-uji beberapa minggu lepas, tiada keperluan untuk set Alumitone/Deathbucker ini memiliki opsyen coil-split. Oleh itu litar diringkaskan menjadi full humbucker seperti ketika menggunakan pikap asal EMG 81/60, selaras dengan fungsinya sebagai gitar singlecut metal. Jika perlukan gitar singlecut yang "kurang" metal, Les Paul Goldie dan Tigera ada.
_____
AADI: Rindu nak main pikap EMG? Deluxe ada.
0 comments
Post a Comment