Kalau dua hari lepas, ulang tahun ke-35 Somewhere In Time, hari ini pula ulang tahun ke-31 No Prayer For The Dying, album studio ke-8 Iron Maiden. Juga terlepas buat entri ulang tahun ke-30 tahun lepas.
Seperti yang pernah aku kata dalam entri Fates Warning 10 tahun lepas, album NPFTD antara album Maiden yang jarang aku dengar. Walaupun tidak bertaraf soundtrack of my life, tapi bila dengar lagu-lagunya teringat memori yang hampir sama dengan SIT...
"Waktu kerja kat cybercafe dulu (early 2000's), selain pasang mp3 album Somewhere In Time, aku jugak selang-selikan dengan album No Prayer For The Dying, Fear Of The Dark dan jugak Best Of The Beast (pendek kata semua mp3 Iron Maiden aku random play) untuk hiburan cybercafe. Ada seorang regular customer exchange student from Canada, selalu request lagu Holy Smoke, Can I Play With Madness dan The Number Of The Beast."
- Entri 2010.
Hari ini juga katanya hari kopi sedunia dan hari pemain cakera padat sedunia. Kopi? AADI antara blog yang selalu ada menyelit entri kopi tin dan kopi bancuh 3-in-1.
Pemain cakera padat (CD player)? Untuk koleksi CD aku biasanya akan dipasang dalam Imago, satu-satunya tempat aku boleh layan dengan volume yang optimum. Kalau dalam Silvia sistem bunyinya tak berapa sedap. Selebihnya akan ditukarkan kepada format MP3 untuk dipasang dalam PC atau telefon pintar dan CD asalnya disimpan.
_____
AADI: Mini hi-fi di rumah pula dah rosak sejak 2016 hahaha...
3 komen:
kereta aku dah lama tak ada cd player...
btw...esok boleh buat satu lagi anniversary pasal Miaden...26 tahun X faxtor
X-Factor tak banyak memori berbanding Virtual XI, tapi itulah... 31st, 26th anniversary macam tak best je bunyi, dahlah tak ada throwback/flashback
fear of the duck
Post a Comment