Seronok tengok video YouTube Kiko Loureiro dan juruteknik gitarnya (tech) Keaton Rich memasang tali gitar baharu pada gitar bersistem floating bridge Ibanez Edge dalam masa sekitar 9-10 minit sahaja.
Tak pernah pula aku catat berapa masa untuk menukar tali gitar, terutama gitar dengan sistem floating bridge (Floyd Rose variant, Ibanez Edge variant, Gotoh GE1996T, etc.).
Teknik aku lebih kurang macam Keaton iaitu membuka kesemua tali dan bukan satu-persatu seperti Kiko. Biasanya aku akan buat perlahan-lahan sebab ia adalah sejenis terapi, hence the name "restring therapy".
![]() |
Gotoh GE1996T. |
Ada beberapa ilmu/teknik baharu yang dapat aku pelajari selepas memerhatikan teknik Keaton:
- Ambil ukuran jika pada fine-tuning untuk rujukan sekiranya menggunakan tali jenis/jenama/saiz yang sama.
- Gulung semua tali lama sebelum dibuka/dikeluarkan daripada tuning machine head dan saddle.
- Jika guna strobe/chromatic tuner, guna neck pickup dan tone rolled-off (disabling high end) supaya bacaan tuner lebih stabil.
![]() |
Floating bridge intonation tool - The Key. |
Dan antara beberapa teknik yang telah dipelajari sebelum ini:
- Guna bateri sebagai penyedal bawah floating bridge, aku guna bateri AA bukan 9V.
- Potong tali lama di tengah-tengah (12-fret).
- Teknik pasang tali secara songsang, ball-end pada machine head. Tapi Keaton akan potong ball-end.
*Ini teknik peribadi "trade secret" aku bila memasang tali gitar pada floating bridge. Hujung tiga tali teratas (plain strings, GBE) yang akan masuk ke dalam saddle dibuat seakan cangkuk begini. Tiga tali terbawah (wound strings, EAD) tak perlu.
Tujuannya adalah supaya lebih banyak luas permukaan tali untuk dikepit oleh saddle, secara logiknya akan mengurangkan kebarangkalian gelinciran (slippage) ketika ganas menggunakan whammy bar.
![]() |
Saddle daripada bridge Cort Double-Locking II. |
Aku dapat ilham untuk teknik ini berdasarkan pengalaman menggunakan sistem Floyd Rose Special dan varian floating bridge murahan lain (Cort Double-Locking II) yang saddlenya akan pecah jika terlalu ketat mengepit tali.
*Harap teknik ini berguna kepada gitaris lain yang mengalami dilema yang sama.
_____
AADI: Hanya tinggal So-Cal sahaja yang ada sistem Floyd Rose (FR1k).
0 comments
Post a Comment