Ada beberapa gigbag Gator siri Pro-Go ditawarkan pada harga gila-gila (crazy sales promotion) oleh Music Bliss, tetapi kos penghantaran ke Borneo sebelum ini mencecah kos penghantaran sebuah hardcase, hampir separuh daripada harga beg, tidak berbaloi.
Tapi bila Music Bliss mula menawarkan penghantaran percuma ke seluruh Malaysia untuk produk-produk Gator, maka terus menarik picu untuk mendapatkan gigbag G-PG-335V ini. Dengan diskaun 46% daripada harga semasa, ia jauh lebih murah berbanding saingannya seperti Mono dan Reunion Blues.
Ia dihantar menggunakan jalan laut (ESB), tapi hanya mengambil masa seminggu untuk sampai di Bintulu (boleh lawan Poslaju ni). Yang lambat biasanya menunggu giliran kapal belayar mengikut jadual. Dipesan awal Disember, tapi kapal hanya berlayar pada 30 Disember.
Satu kelebihan siri Pro-Go ialah ia dibekalkan dengan "baju hujan" yang menutupi hampir keseluruhan gigbag. Amat berguna ketika meredah hujan naik motosikal atau berjalan kaki.
Sebagai siri gigbag Gator paling premium (selepas siri Transit, 4G dan GBE), material yang digunakan pastinya tegap-tegap belaka, "the thoughest gigbag on the market" bak kata Gator sendiri.
Fabrik(?) utamanya jauh lebih tebal dan agak kalis air berbanding siri 4G, merujuk kepada gigbag GB-4G-ELECX2 yang aku ada. Jahitan memang kukuh pada kawasan yang menerima beban dan tekanan paling tinggi
Selain ruangan utama, juga memiliki ruangan sampingan yang luas, dapat menyimpan sebuah laptop atau tablet, dokumen, aksesori kegitaran dan ruangan khas untuk mengikat kabel gitar.
*Model ini khas untuk gitar Gibson/Epiphone model ES-335 atau semi-hollow jenama/model lain yang serasi. Juga katanya boleh memuatkan sebuah gitar Flying V dan aku pasti ia juga boleh memuatkan bentuk V lain Jackson King V dan/atau Rhoads (rujukan).
Bahagian dalamannya fuh! Padding memang tebal dan plush. Aku rasa gitar akustik atau klasik pun boleh muat dalam ni.
Untuk gitar Les Paul atau singlecut lain memang boleh muat cuma banyak ruang kosong, perlu diimprovisasi dengan menyendat dengan tuala atau span tambahan jika ingin membawa gitar begini.
Begitu juga dengan gitar jenis Tele, Strat, superstrat, SG dan doublecut lain. Mungkin juga muat untuk bass Ibanez SR-series jika padding "bantal" di bawah tu dibuka (nanti aku sukat).
*Aku tak ada gitar semi-hollow saiz ES-335 dan/atau gitar Flying V... Alasan untuk mendapatkan sebijik ni, kah kah kah...
_____
AADI: Muncul pula siri Icon yang lebih premium berbanding Pro-Go.
1 comment
Design dalaman seperti BOSS...
Post a Comment