Lipton pun kini sudah ada variasi teh tarik tin mungkin untuk menyaingi teh tarik ori F&N. Diperolehi di pasar raya SK dengan harga RM2.35 untuk setin berisipadu 250 ml.
Seperti biasa rasa teh susu memang susah untuk di-paket/botol/tin-kan berbanding kopi susu, pasti akan ada rasa agak sintetik sama seperti teh tarik bancuh 3-in-1. Minuman ini tidak terkecuali daripada memiliki rasa tersebut. Jika dapat bertoleransi dengan rasa sintetik tadi, teh tarik Lipton ini cukup manis, cukup lemak, amat sesuai dinikmati sejuk.
_____
AADI: Juga ada versi kurang lemak, untuk entri esok.
0 comments
Post a Comment