*Entri air minuman kembali, hahaha... Sekali imbas aku ingatkan ini teh C special berperisa bandung kerana jenama Three Tea ini memang terkenal dengan produk berasaskan "C special" contohnya perisa pandan kelapa, karamel dan variasi kopi.
Rupa-rupanya ia hanyalah air bandung (rose milk) tapi dengan rasa yang lebih lemak dan harum aromanya berbanding bandung Good Mood. Mula-mula diperkenalkan harganya sekitar RM3.40-3.80 setin 240 ml, agak tidak berbaloi jika dicongak isipadu per harga. Tapi kini ia dijual sekitar RM2.80 di pasar raya D.
_____
AADI: *Cadangan untuk juadah sungkai/sungkei/iftar anda.
0 comments
Post a Comment