Ramadhan datang lagi, ahlan wasahlan...
Setelah dua tahun mengharungi Ramadhan dalam keadaan PKP dan PKPx, tahun ini keadaan sedikit sebanyak menghampiri Ramadhan normal dalam fasa endemik. Paling ketara bazaar Ramadhan dan solat tarawih di masjid sudah mula mengembalikan suasana Ramadhan itu sendiri.
Tiada lagi peluang masa untuk berjaga sampai sahur, kena jaga masa rehat dan tidur lebih-lebih lagi kesihatan belum pulih sepenuhnya pasca-C19. Anak-anak pun sudah mula bersekolah, selepas sahur dan subuh, hari yang panjang bermula dengan menguruskan anak-anak (terutama si autis Ijau Jr.) bersiap-sedia untuk ke sekolah dan menghantar mereka seawal 6.40 pagi.
Sekadar hiasan. |
Apa-apapun AADI mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam Ramadhan 1443H, selamat menjalani ibadah puasa kepada rakan-rakan bloggers dan pembaca senyap yang beragama Islam. Semoga ada sinar harapan untuk balik beraya di Membakut tahun ini, amin.
_____
AADI: Entri minuman menyusul, hehehe...
1 comment
Salam Ramadhan dan selamat berpuasa
Post a Comment