Terjumpa minuman teh hijau melati berjenama O'Cha dalam mesin vending lot parkir pusat membeli belah S. Berharga RM2.00+ untuk setin berisipadu 300 ml.
Buatan Singapura oleh JJ Drinks Manufacturing Pte. Ltd. Diimport oleh JJ Drinks Marketing Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Rasanya sama seperti teh hijau melati yang lain, cukup kelat, cukup manis dan cukup harum bunga melati. Namun selepas ini ia bukanlah pilihan utama jika ada teh hijau melati jenama Pokka, Heaven And Earth atau Drinho.
_____
AADI: Apa maksud O'Cha?
2 komen:
aku tak minat teh hijau...memang tak pernah cuba apa2 brand pun
Produk JJ memang sedap tapi tetap pilih POKKA kalau ada pilihan.
Post a Comment