Perlukan sebuah gig bag gitar ekonomi dan berkualiti yang boleh memuatkan dan *membawa sebuah singlecut ber-Bigsby (Chucky) ke lokasi jamming atau gig tempatan dengan selesa.
Sasaran awal aku ialah Gator 4G-series, tetapi Music Bliss tidak lagi memberikan pengeposan percuma untuk produk-produk Gator seperti rak RI-GTR-RACK3 dan gigbag G-PG-335V sebelum ini.
Pilihan seterusnya ialah Koda Plus One yang diperolehi daripada Swee Lee, seperti biasa pengeposan percuma membuatkannya lebih berbaloi per harga.
Kualiti fabriknya biasa-biasa sahaja seperti fabrik gigbag Pedaltrain, tetapi jahitan, padding dan zipnya agak tegap. Cuma penampilannya yang agak "plain" hitam, tanpa sebarang imej atau logo membuatkannya seperti tiada apa-apa daya tarikan.
Memiliki satu poket tepi yang agak luas, boleh memuatkan sebuah multi-effects sederhana seperti Nu-X MG-30.
Juga memiliki sedikit padding tambahan pada bahagian bawah untuk menyerap hentakan dan tapak getah pada bahagian luar.
Memiliki bantal neck rest adalah satu bonus untuk beg ini, cuma strap velcro pada neck rest ini tidak dapat dilaras mengikut ketebalan neck gitar. Kalau dah longgar seperti gambar di atas umpama tiada kegunaan langsung.
Juga bisa memuatkan gitar berbentuk singlecut (Les Paul, Eclipse), strat dan superstrat lain. Ia bukanlah eksklusif untuk satu gitar sahaja, boleh pakai sampai lunyai.
_____
AADI: *Kalau luar kawasan barulah guna hardcase.
0 comments
Post a Comment