Dengan kenaikan harga tali gitar jenama D'Addario, mula mencari jenama alternatif lain yang masih dalam lingkungan harga mampu milik. Rotosound, GHS dan Darco biasanya menjadi pilihan pada julat harga begini, tapi kali ini ada sedikit kelainan.
Sudah lama ingin mencuba tali gitar jenama Harmony ini, tiga saiz dipesan daripada Swee Lee untuk percubaan iaitu Light HE01 (9-42), Regular HE02 (10-46) dan Custom Regular HE04 (10-52). Harmony ini pun sebenarnya bukanlah jenama calang-calang, jadi harapnya tali gitar mereka juga tidaklah mengecewakan.
Menggunakan bungkusan sampul kertas dan plastik lutsinar seperti tali jenama PRS, jadi fizikal talinya dapat dipantau dari masa ke semasa. Adakah ia dibuat di kilang yang sama?
Selain untuk kegunaan sendiri, stok tali gitar aku juga kadang-kadang dibeli oleh rakan sepergitaran Bintulu yang inginkan saiz pelik-pelik atau untuk tatkala kedai alatan muzik sudah tutup tapi perlukan tali gitar untuk kegunaan hari berikutnya.
Pembelian sampingan ialah *Ernie Ball Skinny Top Beefy Bottom 2216 (10-54) dan set pick John Petrucci PVP119 daripada Dunlop.
Pick Petrucci ini lebih kepada koleksi berbanding untuk kegunaan. Tapi jika darurat, Petrucci saiz Jazz III akan digunakan dahulu kerana feel tak jauh beza dengan Jazz III Max Grip, Jazz III Hammett dan Jazz III MKH yang selalu digunakan.
_____
AADI: *EB lagi? Tak serik ke?
0 comments
Post a Comment