Anak autis aku si Ijau Jr. berkali-kali ajak tengok Polis Evo 3 di pawagam setiap kali ada iklan, tayangan perdana dan "the making of..." di Astro Ria/Prima. Kebelakangan ini dia agak suka dengan guns and firearms. Jadi bila tengok aksi tembak-tembak dan letup-letup dia agak teruja. Maknya agak risau, tapi aku kata boys will be boys...
Kebetulan TGV Cinemas ada promosi tiket beli satu percuma satu untuk tayangan penghujung musim Polis Evo 3 ini di semua pawagam mereka bermula 29 Jun hingga 5 Julai. Jadi mengambil peluang ini untuk menunaikan hajat si autis tadi dan memilih tayangan 2.00 petang semalam. Kalau ikutkan kira-kira, taklah betul-betul "beli satu percuma satu" pun, hanya tiket kedua tu ada diskaun sekitar RM10-12.
Aku agak skeptikal dengan filem-filem Melayu secara amnya, tak kisah pun apa genre. Filem Melayu terakhir yang aku tonton di pawagam ialah filem Baik Punya Cilok awal 2006.
Kalau siri Polis Evo pula paling-paling pun pernah tengok filem pertama di TV ketika raya tahun bila entah. Itupun faktor Nora Danish hanya tengok babak awal dan akhir sahaja. Filem kedua pula langsung tak pernah tahu jalan cerita...
Mulanya niat hanya menemankan si Junior yang memang teruja sepanjang filem. Tapi serius filem ini jauh menyimpang daripada jangkaanku. Terutama kualiti bunyi dan dubbing suara yang sebelum ini merupakan faktor utama aku agak skeptical dengan filem-filem Melayu. Setiap bunyi tembakan senjata api agak unik dengan jenisnya - 9mm, MP5, UMP, M4, dll - tidak seperti zaman filem Gerak Khas dulu-dulu (kalau faham). Ya, jadi perbandingan sebab filem ini ada kaitan dengan Skop Productions.
Dari segi jalan cerita, memang tak dapat lari daripada cliché buddy cop ala Bad Boys. Antagonis pula psiko tahap Joker, sayangnya character development antagonis ini agak longgar walaupun origin, motif dan ending dah cantik.
_____
AADI: "I like that police girl with sniper riffle" kata si Junior.
2 komen:
Dah masuk 3... tapi satu pun aku tak pernah tengok...ntah la bukan pasal tak suka filem melayu...banyak jer aku dah tengok...tapi lebih kepada tak minat yg berlakon jadi heronya...haha...
oklah aku boleh masuk cerita ni... kalau bayar ikut harga tiket asal (RM15-17) pun masih kira berbaloi
Post a Comment