September ini bulan terakhir beroperasi di lokasi lama, hujung bulan ini segala aktiviti PS Boxing, PS Muay Thai dan BJJ akan ditangguh sehingga selesai proses perpindahan ke lokasi baharu.
Katanya lebih luas, selesa dan memiliki kemudahan yang cukup proper untuk sebuah gym tinju dan Muay Thai, terutamanya sebuah gelanggang bersaiz standard.
Agak seronok juga setiap kali ada muka-muka baharu turut serta. Melihat gelagat mereka yang berhempas-pulas menghabiskan conditioning (push-ups, sit-ups, squats), mengingatkan aku pada diri sendiri ketika 2-3 bulan pertama menyertai.
Added @ 27/9/2023
_____
AADI: "Uncle" masih pegang rekod paling tua veteran.
0 comments
Post a Comment