T-shirt rasmi PS Boxing Club x Bintulu Boxing Association (BBA) yang sudah sekian lama dipesan sejak diiklankan sebelum bulan puasa. Tapi pembikinan dan penghantaran tertangguh kerana pihak yang menguruskan katanya terlibat dalam Sukan SEA Cambodia.
Nasib baiklah ada opsyen saiz gergasi 4XL, tapi bila dipakai aku rasa saiz 3XL lebih optimum untuk saiz aku sekarang (dah slim kot?). Warna hitam dan susunan logo-logo mengingatkan aku kepada design t-shirt ESP Malaysia yang selalu aku pakai ketika sessi latihan.
PS Boxing Club bernaung di bawah BBA, yang mana presiden BBA itu sendiri merupakan jurulatih kami, Coach Ting.
Di bahagian belakang pula ada logo beberapa entiti - Kementerian Belia Dan Sukan, Majlis Sukan Negeri Sarawak, PS Boxing Club, Persatuan Tinju Malaysia dan Sarawak Sports Corporation (lengan kiri). Aku pasti yang PS Boxing Club dan BBA adalah berdaftar di bawah kesemua entiti ini.
Sejak Januari sehingga kini, aku hanya turut serta sessi latihan di PS Boxing Club secara walk-in dan belum terlintas untuk menyertai secara rasmi (isi borang dan bayar yuran bulanan). Boleh diusahakan nanti, dapat juga diguna untuk pelepasan cukai klausa 8 iii. dan 9a ii. (ikut taksiran 2022).
_____
AADI: Selamat ber-September.
0 comments
Post a Comment