Mencari kesempatan melawat premis Music Outlet Metrocity ketika berada di Kuching cuti sekolah dan Krimas bulan Disember lepas.
Memilih cawangan Metrocity Matang kerana dekat dengan tempat penginapan kami berbanding cawangan lain. Dan berdekatan dengan McDonald's drive-thru Metrocity, alasan untuk aku dan my boys (Junior dan Arlo) jalan-jalan cari makan.
Inilah yang ingin diintai di cawangan ini, setelah diiklan di Facebook beberapa minggu sebelumnya. Sebuah Edwards Snapper E-SN-145FR terpakai yang ditawarkan pada harga yang memang sukar ditepis.
Memang ia menepati ciri-ciri yang aku inginkan - MIJ superstrat 24-fret, rosewood fretboard, Seymour Duncans, Floyd Rose 1000 dan yang pastinya warna hijau.
Tapi selepas memikirkan beberapa faktor antaranya Mirage yang baru diperolehi bulan November lepas dan axology aku sudahpun mencecah 10 unit, niat untuk memiliki gitar ini terpaksa dilupakan.
Aku tidak pulang dengan tangan kosong, beroleh sebuah gigbag Superbag (jenama apa ni?) pada harga yang berbaloi per fitur, kualiti dan ketebalan. Agak besar mungkin boleh memuatkan sebuah ES-335 atau gitar berbentuk pelik seperti Firebird, Iceman, Warlock dan bass berskala pendek.
_____
AADI: Lama tak masuk kedai gitar.
0 comments
Post a Comment