Sama seperti album Redeemer Of Souls, semenjak diperolehi Oktober 2017 daripada Inverno Music Station semasa promosi *dua CD pada harga RM50/60, aku tak pernah buat entri mengenai album Angel Of Retribution ini.. Bersempena ulang tahun ke-20 album ini semalam (23/02/2025), maka dibuatkanlah entrinya...
Aku diperkenalkan dengan album ini ketika rajin dengar Braingell Radio sekitar 2004-2005. Melalui radio inilah aku kenal banyak band-band metal baru dan lama termasuklah Judas Priest.
Versi yang diperolehi ini adalah jenis DualDisc, sebelah format audio CD, manakala sebelah lagi format DVD. Untuk format DVD berisi album asal dalam versi DVD audio dan video dokumentari Reunited seperti format "the making of" gitu.
Juga dikira album reunion bersama Rob Halford selepas 15 tahun keluar daripada Judas Priest. Bila rujuk Wiki, barulah aku tahu album ke-15 Judas Priest ini diterbitkan oleh Roy Z - gitaris/penerbit album-album Bruce Dickinson solo.
Ulasan? Ini album Judas Priest, pastinya heavy metal! Nak ulasan otai, boleh singgah blog Berteromber baca entri 10 tahun lepas.
_____
AADI: Worth fighting for...
0 comments
Post a Comment